Pelakon Aeril Zafrel marah dengan tindakan sebuah portal berita yang memuat naik kenyataan berbaur politik di Twitter apabila menggesa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rengit, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi untuk tidak berurusan dengan usahawan terkenal itu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aeril Zafrel Tegur Nampak Lengan, Wawa Zainal Diam Terkedu – ‘Alhamdulillah Suami Yang Pandai Bimbing Isteri’
Jangan buat cerita
Menerusi ciapan itu, Aeril dan isteri, Wawa Zainal, dilihat bertemu dengan Puad di sebuah hotel di Putrajaya.
Tegas Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, dia ingin membina masjid di kawasan Regit yang merupakan kampung halamannya.
Kau kalau tak tahu cerita jangan buat cerita. Aku jumpa dia sebab dia Adun Rengit, kampung aku. Aku nak buat masjid tempat kampung aku, mestilah kena jumpa wakil rakyat sini. Memang semua benda kau nak politikkan ke?
Susulan respon itu, portal berita berkenaan memohon maaf kepada aktor berumur 34 tahun ini.
Kalau tuan nak buat masjid, jadi saya mintak maaf. Saya silap.
Ketepikan sentimen politik
Dalam pada itu, pelakon drama Cinta Fatamorgana turut memuat naik kenyataan balas daripada Puad yang mengakui terkejut kerana menerima kecaman gara-gara minum petang dengan pasangan selebriti tersebut.
Jelasnya, Aeril sudah lama merancang untuk membina masjid iaitu sebelum dirinya menang bertanding untuk kawasan Regit pada tahun lepas.
Sumber: Twitter