Hanya kerana mahukan wang dan hidup dalam kemewahan, ada dalam kalangan para wanita sanggup menjadi orang ketiga dalam sesebuah rumah tangga. Seperti kisah yang diceritakan semula oleh Ustazah Asma’ Harun menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok.
Pelajar nak rampas suami orang
Menurut Ustazah Asma’ kisah tersebut sebenarnya diceritakan kepadanya oleh seorang individu yang juga merupakan pensyarah dan dekan yang mempunyai pangkat yang agak tinggi di sebuah universiti tempatan. Menurut individu tersebut, dia yang berada di kafe secara kebetulan terdengar perbualan sekumpulan pelajar wanita yang mahu menggoda salah seorang pensyarah lelaki di universiti tersebut. Paling mengejutkan apabila mengetahui pensyarah yang dimaksudkan pelajar-pelajar terbabit merupakan suami orang.
Aku memang target lah, memang nak pensyarah tu. Aku memang nak, aku tak kisah dia suami orang ke tapi aku tahu dia kaya. Aku tengok dia punya kereta, aku tengok dia punya ni, memang tak susah pun orang macam tu aku nak goda.
Mereka berpendapat, lelaki yang sudah berkahwin mempunyai kewangan yang lebih stabil berbanding lelaki bujang. Malah, mereka berani membelakangkan isteri pertama sehingga sanggup rancang bernikah di luar negara.
Aku pun rasa macam tu lah, lebih baik ambil suami oranglah. Sebab kebanyakan suami orang ni stabil. Yang penting duit, aku tak kisah pun isteri dia nak mengamuk kali pertama.
Sambil-sambil belajar ini pun okay je, layanlah sikit-sikit. Bukan apa, kita dapat duit boleh belanja bulanan. Orang pun tak tahu kita kahwin, sampai masa minta cerai lah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa terkejut mendengar kisah yang dikongsikan oleh Ustazah Asma’. Mereka akui memang ramai dalam kalangan gadis sanggup melakukan apa sahaja termasuk merosakkan kebahagiaan orang lain demi kemewahan.
Video
Sumber: Ustazah Asma’ Harun