berita

‘Aku Peluk Tadi Kira OK La, Kalau Aku Cium?’ – Papagomo Respon Tuduhan Cekak Leher Syed Saddiq

February 17th, 2019 | by Amat
Isu & Kontroversi

Masih hangat diperkatakan sebuah video diserang penyokong parti pembangkang yang dimuatnaik Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq di platform akaun Facebook rasminya. Video itu menyaksikan YB Syed Saddiq diserang dan dimaki dengan kata kesat oleh penyokong Barisan Nasional (BN) termasuk Papagomo yang didakwa telah mencekak lehernya.

Bagaimanapun, menerusi akaun Instagram Papagomo, dia memberi respon terhadap kenyataan dan keadaan yang penuh cemas itu.

Minta dia hentikan provokasi

https://www.instagram.com/p/Bt7jlOPnazL/

Setelah viral video ini di media sosial, EXCO Pemuda UMNO Malaysia atau dikenali Papagomo tampil memberi penjelasan terhadap situasi sebenar yang telah berlaku itu. Dia turut menampilkan bukti tidak melakukan apa-apa serangan terhadap YB Syed Saddiq.

Tambah Papagomo lagi, dia hanya bertindak memeluk Menteri Belia & Sukan itu dan meminta beliau hentikan provokasi.

Selamatkan dia dari kekecohan

https://www.instagram.com/p/Bt8MIuyncRc/

Bagaimanapun, YB Syed Saddiq telah membuat laporan polis berkenaan keganasan dan lontaran kata-kata kesat oleh penyokong parti politik Barisan Nasional itu.

Papagomo mendakwa dirinya tidak melakukan sebarang keganasan seperti mencekak leher Menteri Belia & Sukan seperti yang diadukan beliau sebelum ini. Dia hanya bertindak memeluk YB Syed Saddiq dan menyelamatkannya dari kekecohan di Pusat Penamaan Calon di Dewan Seri Cempaka, Semenyih, petang semalam.

Sumber: Papagomo

SKIP THIS AD ×