berita

‘Aku Sorang Ke Yang Nampak..’ – Rumah Kosong, Individu Cemas Pukul 2 Pagi Nampak ‘Wanita’ Tercegat Depan Tingkap Jiran

April 5th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Gangguan makhluk halus atau jin bukanlah satu perkara yang asing lagi. Malah, kita perlu percaya dengan kewujudan makhluk ini.

Tetapi kali ini lain pula ceritanya apabila ada individu mendakwa melihat penampakan seorang ‘wanita’ berpakaian serba putih berada di bahagian tingkat atas rumah jirannya. Seram!

Nampak ‘wanita’ dalam rumah jiran

Seorang gadis yang dikenali dengan nama Amyra Nadyaa telah berkongsi kisah seram yang berlaku di kawasan kejiranannya. Menerusi perkongsian di Twitter, gadis ini telah memuatnaik satu screenshot memaparkan perbualan beberapa individu di group Whatsapp.

Isu itu mula tercetus selepas seorang individu yang dikenali dengan nama Manasikana memaklumkan ada melihat seorang ‘wanita’ berada di dalam rumah jirannya. Dia kemudian telah menghantar gambar yang sempat diambilnya itu di Group Whatsapp. Tetapi apa yang menjadi persoalan adalah siapakah gerangan wanita di sebalik tingkap itu sedangkan mereka difahamkan bahawa jirannya memang tiada di rumah.

‘Bini dia dengar perempuan nangis’

  

Perkongsian ini secara tidak langsung telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen. Malah, ada juga di antara mereka turut berkongsi pengalaman sama yang pernah dilalui mereka.

Sumber: Amyra Nadyaa

SKIP THIS AD ×