berita

‘Aku Tak Balik Rumah Memang Betul Tapi…’ – Suami Nadya Syahera Buka Mulut Dakwaan Curang

June 22nd, 2019 | by faris
Isu & Kontroversi

Satu lagi insiden curang dikaitkan dengan suami pelakon Setelah Terlafaznya Akad, Nadya Syahera apabila dia mendakwa suaminya, Fizul Nawi tidak pulang rumah hampir sebulan sebelum sekeping foto suaminya itu menguatkan lagi dakwaan tersebut.

Fizul menerusi Instagramnya awal pagi semalam membalas dakwaan tersebut.

Mengaku tak balik rumah

Menurut usahawan ini, dia mengakui tidak pulang ke rumah mereka di Shah Alam, Selangor selama sebulan seperti didakwa Nadya, namun dia mempunyai alasan tersendiri atas tindakan itu. Kesibukan menguruskan perniagaan di 3 negeri membuatkan dia tidak sempat untuk pulang dan hanya siap mengemas pada malam raya.

Isu sebulan aku tak balik rumah memang betul tapi korang kena tahu yang masa bulan puasa aku berniaga di 3 negeri Selangor, Kelantan dan Terengganu.

Memang tak sempat nk balik sebab terlalu busy. Siang berniaga di bazar Ramadan malam berniaga pulak di Starvilion Gong Badak memang tak sempat nak balik. Siap kemas pun jam 4 pagi malam raya.

Serabut bila viral

Tambahnya lagi, pendedahan dan dakwaan dibuat Nadya itu membuatkan dirinya kusut. Dia juga meminta pihak yang tidak tahu cerita sebenar untuk tidak mengeluarkan kenyataan kerana dia dan isterinya tidak bergaduh.

Yang tak tahu cerita lebih baik diam. Itu sahaja dan kami tak gaduh pun. Tapi bila dah viral jujur aku jadi serabut. Ni angkara mulut isteri aku dan wartawan.

Hingga melibatkan family memang aku jadi tak tentu arah. Memang serabut. Doa baik-baik, saya sayang keluarga terutamanya anak-anak.

Sumber: Fizul Nawi

The following two tabs change content below.