berita

‘Aku Tak Mampu Jadi Sebaik Dia’ – Rindu Arwah Abang Yang Sangat Mulia, Adik Luah Rasa

January 25th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Setiap yang hidup pasti akan mati, namun perasaan sedih pasti tidak dapat dibendung walau seberapa banyak kita cuba untuk redha. Seperti perkongsian ini seorang adik yang sangat merindui arwah abangnya. Menurutnya, banyak kebaikan yang dilakukan oleh arwah semasa hayatnya.

Tak mampu jadi sebaik abang

Perkongsian gadis ini menyentuh hati kami mengenai kisah arwah abangnya yang sangat baik. Dia sebak apabila teringat akan sikap-sikap mulia abangnya yang tidak mungkin dapat dia ikut.

Abang maafkan ayah

Gadis ini turut kagum dengan sikap mulia abangnya yang boleh memaafkan bapa kandungnya. Tidak diberitahu secara terperinci, namun sehingga kini gadis ini tidak mampu memaafkan bapa kandungnya.

Terkejut ramai kawan lawat abang

Lebih memilukan apabila ramai kawan arwah yang datang menziarahinya. Menurut mereka, arwah sangat baik dan sanggup membantu adik kawannya. Arwah turut sering memberi makanan kepada kucing dan anjing.

Berkorban demi ibu

Sejak dari kecil hingga hujung nyawa, arwah duduk bersama ibunya hanya kerana untuk menjaga ibunya walaupun dia mampu untuk duduk di lain. Arwah sanggup ulang alik dari kerja Seremban semata-mata untuk tinggal bersama ibunya. Baiknya.

Arwah baik orangnya

SKIP THIS AD ×