Isteri kepada pelawak, Shuk Sahar iaitu Fara Salleh memaklumkan tindakannya sejak beberapa hari yang lalu bukanlah kerana mahu menagih simpati dan wang daripada orang tetapi hanya mahu mempertahan hak serta maruah anak sulungnya, Elaine Nada.

Artikel Berkaitan: ‘Jangan Ejek Nada, Dia Bukan Anak Luar Nikah’ – Fara Salleh

Buat untuk Elaine Nada

Menerusi Instagram Story (IGs), Fara juga memaklumkan dia tidak pernah mendakwa dirinya sebagai seorang insan yang baik.

Aku tak pernah ‘claim’ diri aku baik, aku tak pernah tunjuk atau buktikan pada orang yang diri aku baik.

Dan percayalah aku bukan baik. Ini aku so what? Get a life guys.

Aku tak minta simpati orang, aku tak minta duit orang. Aku tagih hak sahaja dari manusia munafik.

Dan hak yang aku tagih bukanlah wang ringgit tapi maruah Elaine Nada.

Fara tiada pilihan

Dalam masa yang sama, ibu kepada seorang anak ini mengakui bahawa perbuatannya itu agak keterlaluan namun mendakwa tiada pilihan lain dapat dilakukan.

Ujarnya, dia akan berterusan menggunakan pendekatan ini sehingga haknya benar-benar ditegakkan.

Sebab cara baik dah guna sehabis baik jadi, ini cara aku untuk masa sekarang.

Rimas? Menyampah? Aku tak suruh tengok.

Dan aku pernah bagitahu sebelum ini. Kalau aku selamat bersalin, manusia munafik ni akan hadap aku lagi.

Dan aku akan terus tagih sampai selesai urusan ini.

Di akhir perkongsian, Fara berharap orang ramai dapat mendoakannya supaya menjadi figura ibu dan bapa yang baik buat Elaine Nada.

Kemelut rumah tangga Shuk dan Fara terus berpanjangan apabila masing-masing saling berbalas kenyataan dalam media sosial masing-masing.

Fara meluahkan rasa berang apabila mendakwa Shuk langsung tidak mengambil tahu mengenai anak mereka selain mendakwa culas memberikan nafkah.

Tidak berdiam diri, Shuk kemudian mengemukan beberapa bukti transaksi menyatakan dia sudah memberikan nafkah.

Terdahulu, Fara memaklumkan telah selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Elaine Nada pada 26 Jun lalu. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada November 2023.

Sumber: IGs Fara Salleh