berita

‘Aku Terima UjianMu’ – Tahu Berisiko Tinggi Hidap Kanser Serviks Selepas Ujian Pap Smear

January 15th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Kanser serviks merupakan salah satu kanser tertinggi menyerang wanita di Malaysia. Ujian saringan seperti pap smear dapat mengesan kewujudan penyakit ini di peringkat awal. Menurut portal myHealth Malaysia, ujian pap smear dilakukan dengan memasukkan spekulum atau berus serviks ke dalam faraj kemudian sel di permukaan serviks diambil untuk dihantar ke makmal untuk diperiksa.

Di Facebook, seorang wanita berkongsi pengalaman menjalani ujian pap smear dan dia didapati berisiko tinggi untuk mendapat kanser serviks.

Keputusan mengecewakan


Yang saya tanda merah itulah keputusan saya dapat dari ujian aritu. High risk hpv genotypes. Kenapa saya tak buat pap smear sahaja. Sebab ini lah.. Keputusan ini dari ujian hpv sebab ujian pap smear tak dapat detect virus ni. Keluar duit sikit tak apa untuk diri sendiri jugak Pap smear RM65 Hpv RM200

Tengah dalam kesibukan cari vaksin influenza untuk anak. Saya dapat call tengahari tadi dari klinik yang saya selalu pergi, pekerja klinik call yang keputusan pap smear & hpv saya dah keluar. Dia kata sebolehnya saya segera pergi sebab doktor Siti Sabariah sendiri nak bercakap dengan saya, ada perkara yang nak disampaikan sebab keputusan itu agak mengecewakan dan saya perlu divaksinkan.

Saya tak fikir panjang selepas letak fon. Saya terus mesej Kimi dan saya menangis di rumah. Bagitahu Kimi kena pergi klinik, mengikut apa yang pekerja tu cakap!! Saya kata dekat Kimi saya mungkin ada kanser (tak pasti lagi waktu tu, cuma saya seorang yang fikir jauh).

Dalam waktu sedih-sedih tu, saya bagitahu diri sendiri “rilex, benda tak pasti lagi”. Then saya pergi mandi untuk tenangkan jiwa sambil-sambil bersiap nak ke klinik. Tapi jiwa tetap tak tenang. Menangis teresak sampai luka dah hidung saya sebab lap air hidung.

Positif high risk kanser serviks

Kalau awak rujuk gambar sebelum tadi. Dalam bulatan merah ada dia tulis (type 39,51). Itu adalah keputusan saya. Dan saya tergolong dalam bulatan kuning ni. Yang berpotensi besar untuk kanser serviks. Kalau yang dalam bulatan hijau tu anda tak perlu risau itu yang biasa.

Kimi balik sekejap dari office semata-mata untuk bawa saya jumpa doktor, saya tak tahu ada dalam hati dia sebab dia balik bagi semangat dekat saya. Dia kata “jangan pikir, jangan runsing, rilex je”. Saya tak nangis depan dia. Saya try untuk kuat walau saya sebak sangat-sangat. Sedaya upaya saya try untuk tahan air mata.

Sampai di klinik dan sampailah turn saya. Saya try hard untuk tahan perasaan masa dengar keputusan dan keputusan itu amat-amat saya tak nak dengar. Saya rasa down, dalam hati rasa nk menjerit kuat-kuat. Walau mungkin bagi orang lain biasa tapi saya tak boleh. Saya pikir macam-macam. Keputusan saya positif detected untuk high risk kanser servik. Walau masih di awal peringkat saya risau. Sakit kepala saya. Stress sangat. Akan hilang ke nanti? Mati ke aku? Pengakhiran aku gini ke nanti? Semua ada dalam kepala. Tapi saya still act normal, masih saya senyum depan doktor, saya angguk-angguk jah tanda saya faham. Doktor kata “Sha sabar, jangan risau. Saya akan pantau awak”.

Buat masa sekarang saya kena buat appointment dengan hospital untuk rujukan dan buat ujian satu lagi. Ujian berkamera di pangkal rahim untuk check virus tu. Jika teruk saya akan operation buang virus, just buang sikit dan doktor cakap jangan risau tak ada effect apa-apa pun Untuk mengandung pun tak ada masalah. Tapi saya risau, saya takut. Apa pulak keputusan appointment tu tak tahulah.

Tadi sebelum balik saya diberi suntikan hpv. Suntikan ni untuk mencegah virus tu datang atau merebak. Vaksin tu perlu cucuk 3x. Hari ini saya cucuk dah sekali. Bulan depan sekali dan 3 bulan akan datang pulok sekali. Sekali cucuk RM500. Yang results ok pun kalau mampu disaran cucuk sebab untuk menghalang virus tu kena kita.

Thank you Ya Allah, aku terima ujianMu

Dan ni adalah gambar contoh pangkal rahim. Yang bulat-bulat tu dari pandangan bawah la.
Yang pink tu masih normal (saya setakat ni sebab keputusan akan bergantung pada ujian berkamera nanti. Kemungkinan saya dalam bulatan biru muda atau biru tua). Doa doakan saya baik-baik sahaja. Jika saya tergolong dalam bulatan biru muda atau tua saya akan ke peringkat perubatan seterusnya. Operation atau ore kelate kato kutiss buwe hok virus tu.

Doktor ada tanya tadi “Sha, awak mari buat pap smear dan hpv baru ni kenapa? Sebab sakit atau saja saja?”
Saya jawab “Saja saja doktor, saya nak tau dan saya ingin buat”
Doktor kata “Bagus, sebab jarang orang nak datang serah diri buat, banyak orang malu dan tak alert benda macam ni, see kita dapat tau apa yang jadi. So bagus la Sha mai buat”

Hari itu memang tergerak hati nak buat cepat-cepat selepas lama saya tunda, mungkin Allah gerakkan hati ni untuk saya buat supaya saya dapat berubat dengan cepat. Thank you Ya Allah, aku terima ujianMu. Aku tau aku kuat sebab tu Mung bagi aku ujian gini.

Saya sarankan pada wanita-wanita di luar sana sila lah buat ujian ni papsmear & hpv untuk tau keadaan awak. Benda ni membunuh secara senyap. Tak rasa pun sakit ke apa awal-awal ni. Kita tak buat ujian kita takkan tahu. So please pergi buat ujian belaka. Jangan jadi macam saya. Sedikit terlambat tapi masih boleh usaha. Doakan saya sihat kembali. Saya tak nak mati lagi. Saya ada family yang perlukan saya. Papsmear RM65 je. Hpv RM200. Korban sedikit benda ni kena buat sekali setahun (wanita berkahwin/yang pernah lakukan seks).

Dan tolong sesape jangan bagitahu ummi saya yang saya sakit ni. Saya hide dah status ni dari fb ummi. Ummi takleh baca. Saya takut dia naik darah pulok mikir ko saya. Please and info lain rujuk setiap caption di gambar ok.

Maaf jika isu ni sensitif. Saya hanya nak kongsi. Untuk wanita-wanita di luar sana.

Sumber : Faraascha Nunu

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×