berita

Pengalaman Mendebarkan Hampir Dipukau Perempuan ‘Batu Merah’ Di ATM, Mujur Sempat….

November 23rd, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Walaupun ‘pukau’ bukanlah perkara baru dalam masyarakat kita hari ini, namun masih ramai yang tidak peka mengenai perkara ini. Pukau merupakan salah satu ilmu sihir yang digunakan seseorang untuk membuatkan mangsa pukau tertidur, kaku sehingga menurut apa sahaja kemahuan si pemukau.

Seperti perkongsian wanita ini di Twitter apabila dia hampir dipukau oleh seorang perempuan bertudung. Nasib menyebelahinya apabila dia tidak memandang mata si pemukau lalu terus beredar dari situ.

Ada perempuan datang pegang tangan

Aku tarik pintu sebab nak scan ‘My Sejahtera’. Tiba-tiba ada perempuan datang dari belakang and pegang tangan aku. Konon-konon nak tarik juga pintu itu. Aku cepat cepat tarik tangan aku, dalam hati tiba-tiba berdebar. Pasru dalam tangan perempuan ttu ada batu merah tau. Dia baca-baca aku tak tahu apa yang dibaca.

Dalam amsa yang sama ada seorang perempuan cina kena tahan dengan perempuan yang pegang batu merah itu. Lepas perempuan itu baca-baca terus cina itu bagi duit kat dia. Pastu perempuan tu jerit minta tolong cakap perempuan tadi ambil duit dia.

Dalam kejadian yang berlaku di Batu Berendam itu, dia dihampiri seorang perempuan bertudung ketika ingin memasuki  kedai serbaneka stesen minyak tersebut. Pada awalnya dia tidak sangka perempuan tersebut mempunyai niat tidak elok sehinggalah dia melihat perempuan tersebut memegang batu merah dan membaca jampi serapah seolah-olah ingin memukau dirinya.

Namun, dia sempat menoleh pandangan wanita tersebut dan cepat-cepat berlalu pergi. Selepas diperiksa rupanya perempuan tersebut bersama seorang lelaki sudah lama memerhati dirinya sejak di tempat letak kereta.

Gigil teringat kejadian

Sampai kat rumah terdiam juga aku teringat pasal tadi. Mesti perempuan tu pakai ilmu guna-guna. Sebab semua orang kat situ tak nampak mana pergi moto itu. Sumpah takut tak pernah kena macam ini.

Pastu aku beritahu la kat family, ayah aku bising juga sebab selama ini taknak kunci kereta dan suka jalan sorang-sorang. Lepas ini taknak dah jalan sorang sorang. Takut.

Dalam pada itu, dia sempat melihat kejadian seorang wanita berbangsa Cina ditahan perempuan misteri berkenaan lalu dibacakan jampi serapah sehingga wanita berkenaan memberi beg duit kepadanya. Kejadian yang berlaku sepantas kilat itu tidak disedari ramai orang dan akhirnya wanita itu menjerit meminta pertolongan.

Namun rata-rata disitu tidak sempat melihat kejadian disitu, malah motosikal yang dinaiki pemukau tadi turut tidak kelihatan. Lebih menghairankan apabila semua orang di tempat kejadian tidak dapat melihat perempuan batu merah tersebut. Memang takut betul. Hati-hati terutama kaum wanita yang berseorangan nak keluarkan duit.

Pengalaman orang lain

Sumber : Hanatasha

 

SKIP THIS AD ×