berita

‘Aku Yang Diceraikan Ke, Engkau?’ – Janda Chef Fikree Berang Dakwa Nafkah Tak Dibayar

January 24th, 2020 | by faris
Kini Trending

Mei tahun lalu, Zuriehan Yahya isteri kepada chef selebriti Chef Fikree mendedahkan telah ‘menangkap’ suaminya ketika itu bersama seorang wanita anak 3 di dalam rumah mereka. Zuriehan kemudiannya  sah bercerai dan mendapat hak jagaan anak mereka, Jayden Malik.

Dalam perkembangan terbaru, Zuriehan meluahkan rasa kecewa berkenaan tindakan bekas suaminya itu  menerusi Instagram semalam.

Ditinggal sehelai sepinggang

Menurut Zuriehan, dia tertanya-tanya sama ada dia diceraikan atau sebaliknya. Ini kerana, dia ditinggalkan sehelai sepinggang dengan anak yang masih kecil tanpa perbelanjaan atau tempat berlindung seperti sepatutnya. Dakwanya lagi, semua perbelanjaan ditanggung sendirian.

Kadang tu terfikir jugak, aku yang diceraikan ke, engkau? Dahla ditinggalkan sehelai sepinggang dengan anak kecik, lepas tu bulan puasa dengan Hari Raya terkontang-kanting. Kereta takde, rumah kena keluar. Sampai sekarang pun aku yang jaga anak sorang-sorang, makan minum semua sakit demam bagai.

Yang tak paham kenapa scandal engkau bini org mesej aku cakap aku ni bertuah dapat engkau? Aku ingat dah over, tapi engkau pulak pergi call merata buat teruk macam aku ni jahat (villain)? Ye lah mestilah aku mintak duit makan Jayden kat engkau, takkan aku nak mintak kat jiran sebelah?

Kenapa kena berlakon

Ujar wanita ini lagi, dia setiap hari akan memotivasikan diri untuk kekal kuat menghadapi ujian berkenaan, namun mengakui dia sendiri ada hati dan perasaan. Dia turut mempersoal kenapa bekas suaminya itu berkelakuan seolah diri telah dicurangi.

Seriously aku ni manusia biasa. Walaupun aku tiap-tiap hari mantera diri aku kena kuat, tak semestinya aku kebal tak punya hati dan perasaan. Kalau aku yang kena naya ni boleh berlakon okay and steady, kenapa kau nak berlakon macam bini kau yang curang?

Sumber: Zuriehan Yahya

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×