Teka-teki status hubungan pelakon Zarina Anjoulie bersama Datuk Seri Khazrul Elzey akhirnya terjawab apabila tunangnya seakan memberi bayangan yang hubungan mereka sudah putus di tengah jalan.
Artikel berkaitan : ‘Papa Doakan Mama Dapat Orang Yang Lebih Baik’ – Tunang Zarina Anjoulie
Artikel berkaitan : [VIDEO] Tayang Pakai Dress Seksi, Zarina Anjoulie Padam Gambar Tunang
‘Saya masih struggle’
Menerusi kenyataan di InstaStory, Zarina atau lebih mesra disapa Anju meminta maaf kepada semua pihak yang terlibat dan mengakui bahawa dirinya masih berusaha untuk berubah ke arah kebaikan.
Anju minta maaf kepada semua pihak ya. Saya minta maaf saya tak cukup sempurna. Saya masih struggle untuk berubah slow-slow.
Tambah pelakon berusia 36 tahun ini lagi, dia berharap akan ada lelaki yang ikhlas menerima dirinya.
Satu hari ada yang boleh terima saya seadanya dengan ikhlas. Let me heal in peace ya. I love you guys so much.
Foto tangkap layar
Sumber : anjoulielavocah1