Di Instagram, komposer dan penyanyi Faizal Tahir memberitahu kepada umum bahawa dia akan berehat panjang dalam industri muzik selepas Aidilfitri nanti bagi memberi fokus kepada kehidupan peribadi.
Terima kasih semua
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih buat semua yang setia di sisi sepanjang perjalanan ini. Sama ada sejak hari pertama ataupun baharu semalam, terima kasih tak terhingga dari hati saya yang terdalam. Sejak Assalamualaikum pada 2015, saya kerja tanpa henti. Anatomi, Rojak, Qibla, dan projek-projek lain memang sangat berbaloi. Alhamdulillah. Tapi saya sudah kehabisan tenaga dan kepenatan itu sangat nyata.
Qibla adalah buah tangan terakhir saya kepada anda semua sebelum berehat panjang selepas Aidilfitri. Saya amat memerlukannya untuk keluarga dan diri-sendiri. Saya masih akan berada dalam industri, menulis dan menerbitkan (lagu). Cumanya, bukan untuk diri saya.
Menurut Faizal Tahir, dia terlalu penat bekerja tanpa henti sejak tahun 2015 lagi. Namun, dia sangat terharu kerana peminatnya masih terus memberikan sokongan sehingga ke hari ini. Pelantun suara ‘Sampai Syurga’ itu turut memberi bayangan bahawa dia tidak akan menghasilkan lagu nyanyian sendiri selepas ini. Sebaliknya, dia cuma mahu terbabit sebagai penerbit untuk artis lain.
Kami akan merindui kamu FT
Kami akan merindui kamu. Selamat berehat dan kami tidak sabar menanti karya seterusnya selepas ini.
Kamu dah lakukan yang terbaik untuk memberi inspirasi kepada masyarakat di luar sana. Ambil sedikit masa untuk diri kamu sendiri pula. Selamat berehat.
Selamat berehat bersama keluarga tercinta.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen sokong dengan keputusan Faizal Tahir. Menurut netizen, komposer tersebut layak untuk berehat dan meluangkan sedikit masa bersama keluarganya selepas berhempas pulas menghasilkan pelbagai karya buat masyarakat.
Sumber: Faizal Tahir