berita

Akui Terkesan, Mila Mohon KPDNHEP Siasat Isu Barang Naik Harga – ‘Banyak Pemborong Ambil Kesempatan’

May 19th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Berita kenaikan harga semua barangan keperluan yang dijangka meningkat sehingga 60 peratus bulan depan (Jun) tenyata menimbulkan keresahan dalam kalangan pengguna.

Tidak terkecuali, usahawan selebriti, Mila Jirin yang memohon pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk meneliti dan bertindak menangani isu ini.

Banyak pemborong bahan asas ambil kesempatan

Banyak pemborong bahan asas ambil kesempatan diatas isu Gaji Minima yang dinaikkan 25%. Mohon bantuan dari pihak kerajaan meneliti dan bertindak bagi isu “Kenaikan Harga Barang Asas” @kpdnhep. Bahan Asas dijanga naik hingga 60% adalah tidak seimbang. Saya juga majikan, dalam 1 syarikat bukan keseluruhan pekerja bergaji RM1,200 kurang dari 5% bergaji RM1,200.

Menurut Mila sebagai seorang majikan dan peniaga, dia terpaksa berdepan dengan kenaikan harga barang. Tambahnya, pihak peniaga dalam industri makanan sepertinya terpaksa menaikkan harga jualan dan hal tersebut secara tidak langsung memberi kesan kepada perkembangan perniagaan yang kembali mendapat sambutan selepas penutupan sebelum ini akibat pandemik.

Tambah mengecewakan, ada dalam kalangan pembekal yang memberi alasan kenaikan gaji minimum yang ditanggung sebagai ‘tiket’ untuk mereka menaikkan harga barangan.

Harini kami juga berdepan harga dinaikkan bagi pembelian minggu ini dengan alasan sama oleh pemborong “gaji Minima RM1,500” dan harga terpaksa dinaikkan. Pembeli akan menerima kesan juga. Apa guna gaji minima dinaik dan kos kehidupan naik mencanak canak? Mohon pihak kementerian terutamanya KPDNHEP bantu untuk atasi kenaikan dengan alasan Gaji Minima. Suara Rakyat, Suara Majikan dan Suara Peniaga.

Sumber: Mila

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×