berita

Al Hijrah : “Chef Kecil”, Sebuah Rancangan Memasak Kanak-Kanak

July 9th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Jika sebelum ini, rancangan-rancangan di dalam Zon Aulad TV AlHijrah dimonopoli oleh rancangan berbentuk animasi, penerbitan “Chef Kecil” dilihat menjadi titik permulaan kepada lebih banyak program kanak-kanak terbitan dalaman TV AlHijrah sendiri.

“Chef Kecil” yang bakal dikenali sebagai program masakan yang disertai oleh kanak-kanak menampilkan enam orang chef kecil berusia di dalam lingkungan lapan tahun hingga lima belas tahun, berentap di dalam menyediakan menu masakan yang semestinya lazat, menarik serta berkhasiat.

Pemilihan peserta “Chef Kecil” telah dibuat di dalam satu sesi pemilihan April 2012 yang lalu. Mereka yang terpilih adalah Khairunnisa Zayanah Khairuddin (8tahun), Muhammad Aqil Shahril Najmiddin (13 tahun), Nur Qaeisah Qhayrin Eddie Fauzie (15 tahun), Afiq Imran Masron (14tahun), Wan Alif Adam Wan Ahmad (14tahun) dan Azalea Zakirah Zailan (13tahun). Pemilihan dibuat berdasarkan kemahiran dan kepakaran yang berbeza di dalam bidang masakan selain dari personaliti mereka yang mesra kamera.

Uniknya, program “Chef Kecil” bukan sahaja mengetengahkan bakat luar biasa kesemua enam orang peserta cilik ini, malahan konsep penerbitannya turut menonjolkan aspek-aspek keindahan Islam di dalam setiap sesi masakan seperti penerapan amalan pemakanan mengikut Sunnah, kepentingan menjaga kebersihan dan pemilihan bahan-bahan mentah halal. Sudah semestinya, program yang berada di luar kebiasaan program masakan sedia ada mampu menjadikan “Chef Kecil” sebuah rancangan mesti tonton pada setiap minggu.

Jangan lupa untuk menonton “Chef Kecil” pada setiap Ahad jam 12 tengahari untuk sama-sama belajar serta melihat sendiri pelbagai kejutan yang akan diberikan kepada peserta “Chef Kecil” di dalam setiap episod yang menarik.

SKIP THIS AD ×