berita

Alahai ‘Makcik Bawang’, Hand Gesture Ini Pun Jadi Isu Ke?

November 8th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Umum sedia maklum, pelakon Mawar Rashid mempunyai darah kacukan Melayu Thailand dan sedikit sebanyak budaya Thai diamalkan dalam keluarga Mawar dan suaminya, Raf Yaakob. Terbaru, Raf Yaakob memuat naik foto dan video adat budaya menyerupai agama lain.

Raf Yaakob respon terhadap foto hand gesture yang dikecam netizen itu memperlihatkan seperti menyembah berhala.

Memang adat orang Thailand

https://www.instagram.com/p/Bp331oenqK5/

Raf Yaakob menjelaskan situasi dan amalan budaya keluarga sebelah isterinya. Hand gesture itu memberi maksud kepada tanda salam dan hormat ketika berjumpa dengan seseorang.

Nak beritahu, Mawar kan ada campuran Thailand, ibu dia orang Chiang Mai dan hand gesture itu memang adat orang Thailand apabila memberi salam ‘Sawadeekap’ yang bermaksud salam sejahtera.

Apa yang Mawar buat tu tak salah disisi agama kerana Mawar menghargai asal usul keturunan mak Mawar. Nenek, datuk, mak cik, pakcik Mawar pun masih ramai di Chiang Mai.

Asalkan kita tahu niat

https://www.instagram.com/p/Bp34maynLGK/

Menurut laman portal mStar, Raf Yaakob hanya berfikiran positif dan terima kecaman netizen. Niat hati lebih penting dalam menentukan sama ada perbuatan kita itu benar atau sebaliknya.

Simbol tangan itu memang adat orang Thailand apabila memberi salam hormat. Biasalah, orang kita akan sentiasa mencari kesalahan orang lain.

Tak kisahlah orang nak cakap apa pun, asalkan kita tahu niat apa yang kita buat dan kita jaga adab walau di mana kita berada.

Tu bukan tanda menyembah

Sumber: Rafyaakob

SKIP THIS AD ×