berita

‘Alahan Teruk, Kurang Selera Makan’ – Shila Amzah Umum Hamil Anak Pertama

February 17th, 2019 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Berkahwin pada April tahun lalu, penyanyi popular Shila Amzah mengumumkan kini sedang hamil. Berita gembira itu dimuatnaik menerusi sekeping gambar di Instagram. Suami, Haris Idraki Elias turut menzahirkan rasa syukur dengan rezeki yang diberi.

Menurut Shila, dia kini mengalami alahan teruk sehinggakan kurang makan dan asyik berbaring sahaja.

Shila hamil

Tambah Shila lagi,  hari ini merupakan hari yang sangat sesuai dia memberitahu umum tentang berita gembira ini. Baginya, ramai peminat dan rakan artis mula membuat tekaan dan andaian berkaitan kehamilannya. Jadi inilah jawapannya bagi tekaan mereka semua.

Reaksi gembira rakan artis

Ternyata ramai rakan artis gembira tentang pengumuman yang dibuat oleh Shila. Kehadiran SharisJr itu tidak lama lagi pasti dinantikan oleh semua netizen.

Sumber: Shila Amzah