berita

“Alamak! Baju Terkena Foundation!” – Ini 4 Cara Mudah Untuk Hilangkan Kesannya

October 1st, 2018 | by Farah Adibah
Kini Trendy

Aduh stressnya! Foundation kena dekat baju lagi. Dahla baju warna cerah, memang susahlah nak hilang.

Ha korang mesti jadi macam ni bila foundation kena kat baju. Lepas tu, tekanan fikirkan macam mana nak hilangkan kesan foundation tu. Kadang rasa macam nak buang terus ja baju tu kan?

Tapi tunggu dulu! Korang kena tahu macam mana sebenarnya nak hilangkan foundation tu dekat baju. Bukan hilangkan baju tu! Ni min nak share macam mana step dan 4 cara nak hilangkan foundation dekat baju. Senang ja!

PENTING! Jangan sesekali tonyoh foundation!

Min tahu, sesiapa je mesti panik bila terkena foundation dekat baju. Tapi bila insiden macam ni jadi,  korang kena chill dan tarik nafas panjang-panjang.

Korang perlukan sudu plastik atau pisau plastik untuk kaut foundation tu dari baju. Jangan tonyoh! Sebab bila korang tonyoh nanti foundation tu lagi merebak. Dah satu masalah nampak macam peta. Lepastu kaut tu, korang cuba salah satu daripada 4 cara di bawah untuk hilangkan foundation tu.

Cara 1: Shaving Cream

Korang mesti ingat shaving cream ni lelaki je boleh guna. Tidak ye! Korang pun boleh je simpan sebotol kat rumah, in case foundation terkena baju terus boleh apply cara ni.

Nak pakai shaving cream ni senang je. Applykan shaving cream ni dekat kesan foundation tu, kemudian gosok macam mana korang basuh baju guna tangan. Gosok hingga kesan tu hilang sepenuhnya. Ha! Tapi jangan terbeli shaving gel pula! Beza tau shaving gel dengan shaving cream.

Cara 2: Micellar Water

Aduh biar betul admin ni suruh calit makeup remover dekat baju! Betul menjadi weyh! Cara ni yang min selalu guna sebab memang berkesan. Tapi korang kena follow step ni betul-betul. Kalau tak nanti tak jadi.

Korang basahkan kapas muka dengan micellar water. Pastikan kapas tu betul basah ye! Lepastu korang dab je kapas micellar tu dekat tempat foundation tu sampailah foundation hilang kat baju dan beralih ke kapas. Min ulang..DAB je, jangan tonyoh!

Nota: Jangan beli micellar water ada campuran minyak

Cara 3: Campuran cuka & air

Jangan tahu nak buat jeruk cili je dengan cuka ni. Sebab cuka juga dapat jadi penyelamat bila foundation terkena dekat baju korang.

Cuka ni hanya boleh digunakan bila terkena compact powder ataupun mineral powder foundation. Cara nak guna, rendamkan baju korang dalam campuran cuka dan air selama 30 minit. Tadaaa! Kesan foundation pun hilang.  Lepas tu, cuci je baju korang dengan sabun macam biasa.

Cara 4: Sabun cuci pinggan

Selama ni saya tahu pencuci pinggan ni ada satu kegunaan je, tak pernah tahu boleh buat cuci baju.

Ha tula korang! Kena selalu berani mencuba benda baru. Pencuci pinggan tu korang apply dekat tempat foundation guna berus gigi. Berus kesan tu secara perlahan sampai foundation hilang. Lepas tu, korang boleh basuh guna sabun baju biasa.

Fuh! Lega dah kan sekarang bila dah tahu macam mana nak hilangkan foundation dekat baju. Takyah buang baju lagi lepas ni!

Korang jangan lupa cuba dan share cara ni dekat kawan-kawan korang yang makeup lover tu ye! Good luck mencuba!