berita

“Alamak Esok Ada Interview, Nervousnya!” – 6 Cara Nak Hilangkan Gemuruh Waktu Hari Penting

March 28th, 2019 | by Farah Adibah
Kini Trendy

terkejut, nervous, gemuruh

Semua orang mesti ada pengalaman bila nervous kan? Kadang-kadang sampai tangan berpeluh, ada masa sampai tidur tak lena lah. Betul tak girls? Biasanya kita akan nervous bila nak interview ataupun nak jumpa bakal mertua, gituwww!

Nervous ni sebenarnya perkara biasa. Yang bezanya tahap nervous atau macam mana korang nak handle nervous tu. Ada sesetengah orang tak reti, so jom belajar sama-sama dengan sis 6 cara macam mana nak handle rasa nervous.

1. Sentiasa berfikiran positif

negatif, aura negatif, gemuruh, nervous

Bila tengah nervous kita mesti akan fikir perkara negatif yang mungkin akan terjadi. Tapi sebenarnya bila korang berfikiran negatif, lagi banyak aura negatif lekat dengan korang. Tak best kan?

Jadi untuk elakkan aura negatif ni, korang kena sentiasa berfikiran positif. Contohnya, bila nak pergi interview kerja korang kena ingat balik pencapaian korang dan betapa hebat korang waktu tu. Jangan sibuk fikir macam mana kalau korang gagap pulak!

2. Sentiasa be prepared tapi hadkan

berlatih, presentation, kolej, gemuruh

Kenapa pulak kena hadkan bila nak prepare atau practice? Okay ni dari segi orang yang ada masalah anxiety. Contohnya kalau korang ada presentation esok. Sehari sebelum tu, pastikan korang hadkan masa korang berlatih tu.

Setkan masa berlatih satu atau dua jam je. Kalau korang terlampau berlatih sangat ada risiko untuk kita gagap dan lupa sebab otak kita akan automatically jadi penat bila banyak berlatih.

3. Trick perasaan korang tu

berlakon, fake, gemuruh

Trick ni bermaksudnya korang kena berlakon. Ha, rasa macam pelik kan? Pernah dengar tak ayat “fake it till’ you make it“? Bila korang berlakon acah macam korang berani, nanti secara automatiknya perasaan gemuruh tu akan POOF! Hilang!

Time nervous ni lah korang boleh berlagak berani sebenarnya. Barulah bila orang tengok tu akan rasa macam kita ni idola dia. Cewah! Pada masa yang sama korang sebenarnya memberi semangat pada diri sendiri.

4. “Take a deep breath

anxiety, pernafasan, gemuruh

Korang perasan tak bila gemuruh jantung kita akan denyut dengan laju? Mesti korang pernah rasa punya! Macam mana nak control denyutan jantung korang sebab kalau tak control lagi berpeluh lah tangan we alls.

Haa.. Senang je! Korang tarik nafas dalam-dalam dan hembus. Ikut gif dekat atas ni dan ulang je proses ni sampai korang rasa degupan jantung korang normal. Terus tak nervous dah lepastu, gituww!

5. Tidur awal tu penting ye!

tidur awal, tidur nyenyak, gemuruh

Pastikan tidur awal. Sis pun macam korang, bila overthinking korang akan susah nak tidur. Overthinking ni bahaya tau! Tak pasal-pasal sepanjang malam korang tak tidur sebab terlebih fikir. Apa yang korang boleh buat make sure tidur pukul 9pm. Paling lambat pun pukul 10pm.

Jangan nak lebih dari tu okay!

6.  Minum teh chamomile untuk lebih tenang

tenang, teh, gemuruh

Pada hari penting korang kena elakkan minum minuman berkafein sebelum tidur atau on the important day itself. Sebabnya kafein ni akan buat kita jadi hyper. Dah la korang tengah nervous waktu tu, bila minum kafein mesti akan hyper dan banyak bergerak.

Ini yang buat korang lagi gemuruh dan degupan jantung lagi laju. Jadi amalkan minum teh chamomile. Insya Allah membantu sangat!

yakin, gemuruh, anxiety, perempuan kuat

Sis nak pesan yang apa pun korang buat pastikan korang sentiasa yakin dan sentiasa berfikiran positif. Sis Katy harap sharing sis kali ni dapat bantu korang untuk kurangkan rasa nervous tu. Chill je okay!

Akhir sekali, jangan lupa untuk follow Facebook Kini Trendy By Ohbulan dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti perkembangan fesyen, mekap dan lifestyle wanita yang trendy dan terkini.