berita

“Alamak Harini Birthday Boyfriend!” – 6 Birthday Idea Untuk Boyfriend Korang

June 19th, 2019 | by Farisha Hazira
Kini Trendy

Korang mesti buntu bila setiap kali birthday boyfriend kan? Tahu nak beli apa sebab rasa macam barang untuk lelaki ni limited. Setiap tahun hadiah yang lebih kurang sama je, nanti mesti dia pun dah boleh agak apa kita nak bagi. Haa.. So, harini Sis Katy nak share tips beli hadiah untuk pasangan yang gerenti boleh buat dia cair!

1. Buat Hadiah DIY

Hadiah DIY ni baru nampak effort korang tu! Korang boleh try buat DIY exploding gift box untuk dia. Tulislah apa-apa atau pun letak gambar korang dalam tu. Ada banyak je tutorial kat Youtube. Pilih je mana yang korang berkenan. Gerenti dia happy!

2. Cuba Benda Baru

Apa kata bawak dia pergi buat aktiviti yang korang tak pernah buat. Contohnya, hiking dan paragliding. Alang-alang boleh dating sekali sambil tengok keindahan alam semulajadi. Lagi best dapat spend time dengan dia buat benda-benda macam ni.

Ni bukan je nampak yang korang ambik tahu the little things, tapi korang ada effort untuk menjayakan benda tu. Mesti dia appreciate gila-gila punya!

3. Buat Presentation

Apa kata korang kumpul gambar-gambar korang berdua dan buat touching slideshow untuk dia. Alang-alang tu letak sekali lagu romantik kegemaran dia. Korang bagilah ucapan sikit untuk dia. Mesti berair mata dia nanti.

4. Belon!

Korang boleh jugak beli belon helium banyak-banyak dan minta mak atau adik-beradik dia letak dalam bilik dia. Kat hujung tali belon helium tu korang boleh ikat nota kecik kecik untuk dia. So, kalau dia balik kerja mesti dia terkejut nampak belon tu kat bilik.

5. Kek Untuk Si Dia

Ni paling effort lah! Korang boleh buat kek special untuk dia. Kalau korang tak pandai kek, tak apa jangan risau. Try je buat, lagi dia appreciate effort korang tu nanti! Sekarang ada banyak tutorial simple untuk buat kek. Nampaklah special bila dia dapat air tangan korang sendiri.

6. Jadilah Surprise Tu!

Nak paling special? Korang sendiri yang jadi surprise tu! Apa kata korang pergi office dia senyap-senyap, bawa bunga atau coklat untuk dia. Pastikan korang pakai cantik-cantik, wangi-wangi untuk dia. Malam tu, kalau korang cukup bajet, belanja dia candle light dinner pulak. Barulah sweet!

Senang je kan? Lepasni takdelah korang beli hadiah yang sama je untuk dia. Bosanlah asyik bagi baju, kasut je setiap tahun. Mesti bf korang pun tak expect hadiah macam ni dari korang. Gerenti diorang sayang korang lebih lepasni! :p

Macam biasa, jangan lupa untuk follow Facebook Kini Trendy By Ohbulan dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti perkembangan fesyen, mekap dan lifestyle wanita yang trendy dan terkini.