Di Instagram, pemain bola sepak, Zaquan Adha menitipkan ucapan istimewa buat isterinya, Ayu Raudhah sempena ulang tahun kelahiran yang ke-38. Lebih mencuri tumpuan, video yang dimuat naik oleh Zaquan turut menunjukkan kit ujian kehamilan yang positif.
Ayu hamil anak keenam?
Selamat hari jadi sayangku. I doakan Allah makbulkan segala doa you. You seorang isteri dan mummy yang hebat. Tak ternilai pengorbanan you dengan duit ringgit. Allah sahaja yang dapat balas pengorbanan you. I love you till jannah sayangku. Picture terakhir tu hadiah i yang tak seberapa dengan you.
Menerusi laporan Astro Gempak, Ayu mengesahkan dirinya sedang hamil anak keenam dan usia kandungannya sudah memasuki lima bulan. Menurut Ayu, pada awalnya dia berasa segan untuk berkongsi berita tersebut berikutan ini bukan bayi pertamanya. Walau bagaimanapun, Ayu tidak sangka suaminya akan membocor hal tersebut di media sosial.
Alhamdulillah, saya anggap rezeki buat anak saya dan suami. Kami berdua okay saja sebab kami datang daripada keluarga yang ramai. Saya dan Zaquan datang daripada tujuh adik beradik. Kami happy anak ramai.
Ujar Ayu lagi, dia dan suami mengalami alahan yang teruk seperti muntah dan demam pada awal trimester. Tambah Ayu lagi, dia dan Zaquan tidak pernah berbincang soal bilangan anak malah, bersedia memiliki anak ramai selagi usia masih muda.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Zaquan Adha & Astro Gempak