berita

Alami Depresi, Afgan Pulih Selepas Jumpa Psikiatri

December 17th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Siapa sangka, penyanyi Indonesia Afgan terpaksa bertemu dengan pakar psikiatri selepas mengalami gangguan mental sejak pandemik Covid-19 melanda dunia dua tahun lalu.

Artikel Berkaitan: Peminat Tak Selesa Tengok Afgan Peluk, Cium Anjing – ‘Matlamat Tak Menghalalkan Cara’

Masalah kemurungan

Menurut Afgan, dia mengalami masalah kemurungan sebelum dapat menyesuaikan diri dengan ‘new norm’.

Kata penyanyi berumur 33 tahun ini, ketika fasa berkurung, dia mengalami insomnia, selalu rasa berdebar-debar serta mengalami kesulitan untuk berkarya dalam muzik.

Ketika pandemik melanda, semuanya terhenti. Saya tak boleh buat persembahan, rakam lagu dan waktu itu juga saya banyak bersendirian.

Sejak itu, saya alami mental block. Ia adalah tahun yang sangat sukar bagi saya. Perubahan itu membuatkan rakan-rakan terdekat menasihati saya untuk mendapatkan bantuan pakar.

Jika sebelum ini saya bekerja keras selama 13 tahun, namun apabila pademik melanda, saya tidak boleh melakukan banyak perkara. Jadi, saya alami ‘burn out’. Selain itu, saya juga alami depresi.

Afgan berkata demikian ketika sidang media sempena Konsert Afgan Evolution di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pada Jumaat.

Ada hikmah

Selain itu, pemilik nama Afgansyah Reza menyatakan sesi kaunseling masih diteruskan tanpa pengambilan ubat-ubatan.

Saya hanya mengambil sesi kaunseling sehingga sekarang. Kini, setiap bulan saya berjumpa ahli terapi untuk saya dapat teruskan kehidupan.

Sekarang, saya lebih tenang, nyaman dan ‘spiritual’. Ini semua hikmah pandemik COVID-19.

Dalam pada itu, pelantun lagu Panah Asrama memberitahu tujuan dia berkongsi kepada umum kerana tahu bukan dirinya saja yang merasai waktu sukar.

Perkara ini dilalui oleh semua orang sepanjang tempoh pandemik. Saya rasa bertanggungjawab berkongsi sesuatu yang membawa manfaat kepada orang lain yang mungkin berhadapan dengan situasi sama.

Dalam perkembangan lain, Afgan bakal menjayakan konsert Afgan Evolution di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pukul 8.30 malam ini.

Afgan bakal menyanyikan 24 buah lagu termasuk karya-karya daripada album mini terbaharu, +62.

Sumber: Instagram @afgan__

SKIP THIS AD ×