berita

Alami Keguguran Sebanyak 2 Kali, Siti Sairah Umum Hamil Anak Kelima

December 26th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Adik kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Nurhaliza iaitu Siti Nursairah Tarudin mengumumkan dirinya hamil anak kelima. Menurut Sairah, dia masih belum mengetahui usia kehamilannya kerana belum berjumpa doktor.

Baru tahu minggu lepas

Saya baru dapat tahu hamil minggu lepas. Saya tak dapat kongsikan usia kehamilan ini kerana belum berjumpa doktor. Saya sudah dapat rasakan saya hamil dan ada kongsikan kepada suami dan kakak, Siti Saida. Tanpa fikir panjang saya pun lakukan ujian kehamilan dan Alhamdulillah keputusannya positif. Saya dan suami terima dengan hati terbuka atas rezeki ini. Saya juga sudah mula alami alahan dan berharap kehamilan ini kuat.

Ujar Sairah lagi, dia pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali pada awal tahun ini.

Saya akui risau dengan keadaan diri saya kerana kandungan masih baru. Sebelum ini doktor memang sudah minta saya untuk menjaga diri sekiranya disahkan hamil memandangkan pernah mengalami keguguran dua kali.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×