berita

Alami Masalah Depresi Ketika Berjauhan Dengan Keluarga, Pakar Terapi Suruh Ummi Nazeera Luah Perasaan Dalam Bentuk Penulisan

December 12th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Menerusi program bual bicara TV3, Wanita Hari Ini, pelakon Ummi Nazeera tampil mendedahkan dirinya pernah mengalami masalah depresi sewaktu belajar di Melbourne, Australia suatu ketika dahulu.

Berjauhan dengan keluarga

Menurut Ummi, dia pernah mengalami masalah tersebut ketika berjauhan dengan keluarganya sehingga sukar untuk tidur. Malah, Ummi turut berkongsi mengenai cara penyelesaian yang disarankan oleh pakar terapinya. Ujar Ummi, dia perlu meluahkan segala yang dirasai dalam bentuk penulisan.

Sebenarnya saya memang jarang bercerita dengan kawan-kawan. Saya pernah menghadapi masalah masa saya belajar dulu dekat Melbourne. Tiba-tiba kita jauh dengan family, memang saya menghadapi depression tak boleh tidur malam.

Jadi saya jumpa pakar terapi yang disediakan oleh universiti dan dia ajar saya untuk tulis setiap benda yang saya rasa. Alhamdulillah, memang it makes you feel better, menulis memang menolong dan bersenam. Saya tulis semua benda yang saya rasa. Mungkin sebab tu saya nampak macam orang gila.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan perkongsian yang diberikan oleh Ummi tentang cara  menangani masalah depresi yang dialami. Ujar netizen, teknik menulis dapat meredakan emosi.

Video

Sumber: TV3 Malaysia

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×