berita

Alami Sakit Perut Melampau, Rupanya Ari Lasso Hidap Kanser Limfoma Tahap Dua

September 9th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi terkenal Indonesia Ari Lasso kan? Baru-baru ini, Ari berkongsi berita mengejutkan mengenai penyakit kanser yang dihadapi.

Kanser limfoma tahap dua

Menerusi podcast dengan Deddy Corbuzier, Ari, 48, mengumumkan bahawa dia menderita kanser yang jarang berlaku dalam kalangan pesakit.

Memetik laporan KapanLagi, dia disahkan menghidap kanser limfoma tahap dua dan didiagnosis sebagai Diffuse large B-cell lymphoma (DLBCL).

Katanya, kanser tersebut dikesan selepas dia mengalami sakit perut yang luar biasa. Kemudian dia melakukan CT Scan dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat ketumbuhan pada kelenjar limfanya.

Jalani rawatan kimoterapi

Pada bulan Ogos lalu, Ari selamat menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan tersebut.

Bagaimanapun, Ari masih perlu menjalani rawatan kimoterapi yang akan dilakukan selama tiga bulan di Singapura.

Dalam tempoh pemulihan tersebut, doktor menasihati Ari untuk tidak menerima tetamu kerana tahap imunisasi badannya terlalu lemah.

 

Sumber: KapanLagi

SKIP THIS AD ×