berita

‘Alami Tekanan Emosi & Mental Selepas Kehilangan..’ – Muncul Dengan Purnama, Lagu Baru Naim Daniel Trending

November 28th, 2020 | by Amirul Asraf
Video Popular

Selepas kejayaan lagu Sumpah dan Sembah, pelakon dan penyanyi Naim Daniel muncul dengan single terbaru yang berjudul Purnama. Lagu yang mengangkat genre balada ini merupakan hasil ciptaan Amzar Razqa, Hanis Rafi dan Omar K.

Buat mereka yang merindui seseorang

Lagu Purnama ini ditujukan khas buat mereka yang merindui orang yang mereka kasihi dan sentiasa mendoakan mereka walaupun mereka sudah tiada. Jadi buat semua yang masih hidup, sentiasa hargai dan beritahu keluarga dan rakan-rakan yang rapat bahawa anda menyayangi mereka sebelum terlambat.

Trending di Youtube dan Twitter, Naim memberitahu bahawa lagu baru ini dihadiahkan buat mereka yang merindui seseorang yang dikasihi meskipun insan tersebut sudah tiada lagi. Manakala menurut Amzar selaku pencipta lagu pula, idea untuk berkolaborasi dengan Naim diberikan oleh salah seorang sahabatnya. Tambahnya, Naim merupakan penyanyi yang sesuai dan terbaik buat lagu Purnama ini. Oleh itu dia berharap lagu ini akan mendapat sambutan yang positif.

Semalam, syarikat rakaman Naim iaitu World Peace Entertainment telah menampilkan muzik video yang mengisahkan tentang seorang lelaki yang mengalami tekanan emosi dan mental setelah kehilangan seseorang yang dia kasihi. Muzik video yang dimuat naik pada jam 8 malam itu disiarkan menerusi saluran YouTube World Peace Entertainment. Setakat ini, muzik video itu telah mendapat lebih daripada 187 ribu views dan 26 ribu likes.

Lagu power Naim!

Sumber: Naim DanielWorld Peace Entertainment 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×