berita

Alasan Nak Buang ‘Pendamping’, Bomoh Rogol Gadis 16 Tahun Empat Kali

October 19th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Remaja dirogol Bomoh Empat Kali

Satu tragedi hitam yang perlu dialami pelajar yang baru sahaja berusia 16 tahun apabila dirogol seorang bomoh selepas mendakwa terdapat pendamping pada dirinya.

Artikel Berkaitan: Wanita Nak Buang Sihir Berdepan Detik Hitam, Disuruh Masuk Dalam Bilik Sebelum Badan & Kemaluan Digomol Bomoh

Rogol empat kali

Remaja Dirogol Bomoh Empat Kali

Memetik laporan Sinar Harian, suspek dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap mangsa sebanyak empat kali.

Menurut Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah, suspek yang bekerja sebagai jurulatih Muay Thai itu pada awalnya difahamkan datang ke rumah mangsa bagi merawat ibu saudara mangsa yang dipercayai mengalami gangguan sihir pada Ogos lalu.

Namun, selepas melihat mangsa, suspek yang yang mendakwa mempunyai ilmu dalam perubatan tradisional memaklumkan kepada ibu mangsa bahawa terdapat pendamping pada badan mangsa dan meminta untuk mengubatinya.

Suspek yang berusia 50 tahun itu kemudiannya membawa mangsa bersama-sama ibu dan bapa saudara mangsa ke kawasan semak berhampiran sebuah pasar raya untuk mengubatinya.

Pada pertemuan itu suspek menyuruh ibu dan bapa saudara mangsa pergi membeli makanan dan meninggalkan mangsa bersama suspek berdua di kawasan semak.

Ketika itu suspek didakwa merogol mangsa dan turut memberi amaran kepada mangsa agar tidak memberitahu kepada orang lain menyebabkan mangsa takut menceritakan hal itu kepada sesiapa.

Sejak dari pertemuan dan proses perubatan itu, suspek mengambil kesempatan dengan sering berkunjung ke rumah mangsa dengan alasan untuk mengubatinya dan telah mengulangi perbuatan tersebut sebanyak empat kali.

Suspek yang mendakwa telah dirogol suspek dari Ogos hingga Oktober kini telah pun dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan selepas membuat laporan polis.

Manakala suspek telah pun ditahan reman selama tujuh hari bermula Selasa dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×