Sekadar gambar hiasan
Tak dinafikan, ujian dalam perkahwinan merupakan lumrah yang perlu dihadapi oleh suami dan isteri. Namun, kita juga perlu menerima takdir seandainya jodoh itu tidak berpanjangan dan berakhir dengan perceraian.
Campur tangan mentua punca perceraian
Baru-baru ini, peguam Syarie iaitu Azri berkongsi satu hantaran di TikTok mengenai isu perceraian yang pernah dikendalikannya.
Azri berpendapat bahawa punca perceraian yang berlaku terutamanya bagi pasangan muda adalah disebabkan campur tangan keluarga mentua.
Menerusi kisah yang dikongsikan seorang wanita mengakui kurang senang dengan sikap suami yang menyebelahi keluarga berbanding pasangan sendiri.
Lebih meruntun hati apabila wanita ini mendedahkan dia sudah lima tahun ‘makan hati’ dengan sikap suaminya itu sebelum akhirnya nekad untuk bercerai.
Setiap kali mak mentua perli saya, suami saya tidak tegur mak dia. Sebaliknya suruh saya bersabar.
Hubungan saya dengan mak merua bertambah teruk bila kakak ipar turut bercakap tentang saya. Apa yang saya buat semuanya tidak kena. Suami pula tidak menyebelahi saya.
Contohnya, bila mak mertua tengok suami saya bagi anak makan, dia kata saya tak pandai jaga anak.
Susulan daripada itu, peguam Azri mengambil kesempatan dengan menitipkan nasihat kepada setiap pasangan suami isteri agar bersikap lebih adil dalam rumah tangga selain mencari jalan penyelesaian terbaik sekiranya mempunyai masalah dengan pasangan.
Menjengah ke ruangan komen, ada dalam kalangan netizen turut berkongsi kisah sama apabila rumah tangga mereka musnah dek campur tangan keluarga mentua.
Sumber: TikTok