berita

Album Bunkface Tampilkan Kelainan Dengan Sistem Interaktif AR

August 14th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Pada 17 Julai 2012 yang lalu, telah berlangsungnya pelancaran album kedua Bunkface yang berjudul “Bunk Not Dead.” Majlis pelancaran ini telah berlangsung di sebuah lorong di Wheel Love, SS15 Subang Jaya berhampiran dengan Studio Bunkface Rock Station.

Di dalam album ini, ia telah memuatkan sebanyak 13 buah lagu, dimana 5 buah lagu untuk versi Bahasa Melayu dan 8 buah lagu versi Bahasa Inggeris. Single pertama album ini adalah lagu Panik, di mana proses rakamannya telah dijalankan sepenuhnya di Jakarta, Indonesia.

Semalam, bertempat di bangunan THK, Petaling Jaya, telah berlangsungnya majlis menandatangani perjanjian antara pihak Bunkface dan Warner Muzik Malaysia. Perjanjian ini merupakan perlantikan pihak Warner Muzik sebagai pengedar rasmi album kedua Bunkface, yang akan bermula selepas perayaan Aidilfitri yang akan datang.

Album Bunkface pada kali ini amat berbeza dengan album-album lain, kerana ia menawarkan sistem interaktif yang dikenali sebagai AR, di mana ia pertama kali diaplikasikan dengan kod tersembunyi bagi melihat lirik lagu dan gambar-gambar menerusi aplikasi telefon pintar Android dan Apple.

Mengikut perancangan, Bunkface akan menjalankan aktiviti penjelajahan yang dikenali sebagai “University Tour” bagi mempromosikan album terbarunya ini. Menerusi penjelajahan ini, pihak Bunkface akan kunjungi beberapa Universiti yang terdapat di semenanjung Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak. Penjelajahan ini dijangkakan akan berlangsung pada bulan Oktober, selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang.

Untuk pengetahuan, album ini telah diterbitkan sendiri oleh pihak syarikat Bunkface Production Sdn Bhd.

Kredit Foto : 1 in 1 m

SKIP THIS AD ×