berita

Ali Puteh Minta Bayar RM60,000 Secara Ansuran, Peguam Belum Terima Apa-Apa Arahan

February 17th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Susulan tindakan pelawak Ali Puteh memberitahu dia akan menjelaskan bayaran RM60,000 kepada kakak ipar, Siti Norhidayah Mohd Ali yang ditetapkan mahkamah itu secara ansuran, peguam yang mewakilinya iaitu Noorazmir Zakaria diminta mengupas lanjut.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ali Puteh Bengang Nama Bapa Kena Ejek Dengan Perempuan – ‘Ini Bukan Masalah Baran Atau Koyak’

Tak boleh komen lebih

Memetik laporan Harian Metro, Noorazmir berkata, dia tidak dapat mengulas mengenai surat pembayaran secara ansuran kerana belum menerima sebarang arahan daripada pihak Ali.

Buat masa ini, saya masih belum menerima apa-apa arahan mengenai perkara itu dari pihak Ali dan keluarganya.

Bagaimanapun, Noorazmir menyatakan isu bayaran tidak timbul memandangkan pihak Hidayah enggan menerima bayaran ganti rugi secara ansuran.

Kalau Ali bersetuju untuk bayar secara ansuran pun tapi pihak Hidayah dah cakap tidak setuju. Jadi isu bayaran ansuran bukan lagi isu. Mungkin Hidayah boleh mendapatkan nasihat daripada peguamnya berkenaan perkara ini.

Terdahulu, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan berkata bahawa bayaran tersebut akan dibayar secara ansuran kepada Hidayah dan menyatakan bahawa peguam bagi kedua-dua belah pihak masih berbincang tentang proses pembayaran.

Sebelum ini, akibat daripada mengeluarkan kata-kata mengaibkan kepada Hidayah menerusi hantaran di Instagram (IG) dua tahun lalu, Ali dan tiga lagi ahli keluarganya diperintahkan oleh Mahkamah Seksyen untuk membayar RM60000 kepada Hidayah.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×