Pelakon dan model terkenal, Alicia Amin tampil mempertahankan aktor, Meerqeen daripada serangan komen negatif netizen.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Alicia Amin & Mimi Lana Dalam Satu Skrin, Netizen Sangka Kembar – ‘Dulu Ingat Mereka Orang Yang Sama’ 

Artikel Berkaitan: Risau Kahwin Lewat, Alicia Amin Cadang Wanita Bekukan Ovum – ‘Tak Perlu Rasa Tertekan’

Perubahan setiap orang berbeza

Isu ini mula tercetus apabila segelintir pihak mempertikaikan ketelusan Meerqeen mengenai peratusan lemak badan yang dikongsikannya baru-baru ini.

Malah mendakwa angka tersebut tidak selari dengan rupa fizikalnya.

Menerusi satu perkongsian di Threads miliknya, Alicia Amin, atau nama penuhnya Raja Alicia Raja Amin, 31, berkata bahawa setiap individu mempunyai taburan lemak dan penyimpanan air yang berbeza.

Saya geram bila ada orang komen tentang peratus lemak badan Meerqeen, yang kononnya tidak sama seperti dalam carta yang dikongsikan.

Ada orang memang simpan air di bahagian pipi, saya pun sama seperti dia.

Ujar Alicia lagi, perubahan fizikal memerlukan disiplin yang tinggi, jadi adalah mustahil untuk pelakon itu berbohong mengenai pencapaian tersebut.

Meerqeen baru sahaja selesai fasa bulking dan sekarang masuk ke fasa cutting.

Dia dah buat yang terbaik, jadi kenapa pula dia nak menipu?

Pernah lalui situasi yang sama

Di ruangan komen, Alicia Amin turut menyatakan bahawa dia memahami perasaan serta cabaran yang dilalui aktor berkenaan.

Tambahnya lagi, dia juga pernah melalui situasi sama, namun proses yang dilalui berbeza bagi menjayakan watak masing-masing.

Masa dia tengah bulking, saya pula sedang cutting untuk watak saya.

Jadi saya memang faham perasaan dan perjuangan dia.

Otot-otot dia tu memang betul dan nyata, memang jadi.

Sumber: Threads Alicia Amin