berita

Alif Hadi Tuju Pickupline Pada Neelofa, Adakah Di Sini Bermulanya #lofalif Atau #alofa?

December 16th, 2017 | by faris
Isu & Kontroversi

Alif Hadi adalah antara bakat baru yang sedang meningkat naik. Terbaru, dia melakonkan watak Daniyal disamping Neelofa dalam drama Red Velvet. Walaupun sudah mengakhiri siarannya, hubungan mereka berdua sebagai rakan lakon masih berterusan.

Semalam, Alif ada meninggalkan komen yang agak sweet dan boleh dikatakan pickupline bak kata anak muda sekarang. Ada apa-apakah antara mereka? Kita tunggu…

Selamanya dalam hati awak…

Neelofa dalam posting Instagramnya ada menghebahkan satu acara yang akan dihadirinya bermula pukul 11 pagi hingga 2 petang. Alif terus mengambil peluang itu menggunakan pickupline ’11 pagi hingga 2 petang? Saya akan berada di hati awak selamanya’.

Neelofa bagaimanapun setakat ini masih tidak membalas komen berkenaan. Pun begitu, netizen memuji tindakan Alif itu dan menyifatkannya sweet dan berani. Mungkin ianya sekadar gurauan biasa, tapi kalau betul-betul pun apa salahnya, ye tak?

Reaksi netizen

 

Macam ni la gentleman

Bersemut atas fon

So peminat Neelofa dan Alif tak mahu cipta hashtag untuk mereka ke? #lofalif atau #alofa?

Sumber: Neelofa , Alif Hadi 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×