Sudah hampir tiga tahun Sherry Al-Hadad dan Haziq Husni menjadi pengacara bagi program rancangan Muzik-Muzik. Bagaimanapun, pasangan pengacara ini dikatakan tidak akan mengendalikan program itu lagi bagi Muzik-Muzik musim terbaru. Siapa yang bakal mengantikan Sherry dan Haziq selepas ini?
‘Gonna miss you’
View this post on Instagram
Perkara tersebut diumumkan Sherry dan Haziq ketika siaran langsung MM36 pada malam Isnin yang lalu. Mereka memaklumkan bahawa Muzik-Muzik ke-36 musim terbaru akan menggantikan dengan Alif Satar dan Daiyan Trisha sebagai pengacara baharu.
Sherry turut mengucapkan terima kasih kepada pihak produksi kerana memberikan kepercayaan buat dirinya untuk mengendalikan program popular itu.
Terima kasih kerana memberikan kepercayaan. Muzik-Muzik banyak mengajar saya untuk menjadi pengacara yang lebih matang.
Sumber: Muzik-Muzik