
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar meluahkan rasa kesal berhubung insiden tragis melibatkan pelajar sekolah yang menggemparkan orang ramai baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: ‘Kesian Jemaah Yang Datang Awal Ke Masjid, Tapi Tewas Dengan Geng Reserve Kerusi Dekat Saf’ – Alif Satar
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Alif Satar Kongsi Cara Ustaz Uji Bakal Menantu – ‘Bukan Wang Tunai Jadi Cagaran Untuk Anak’
Tergamak
View on Threads
Mengulas mengenai tragedi memilukan yang meragut nyawa arwah adik Irene Sofiya, Alif atau nama lengkapnya Muhammad Alif Mohd Satar menegur tindakan segelintir remaja yang disifatkannya semakin membimbangkan dan hilang arah panduan.
Dalam masa yang sama, Alif turut mempersoalkan mentaliti segelintir anak muda zaman sekarang yang seolah-olah melihat budaya samseng sebagai sesuatu yang membanggakan.
Budak-budak sekolah menengah pun tergamak membunuh sekarang, hilang pedoman.
Budak-budak zaman sekarang rasa jadi samseng ni cool kot?
Dalam pada itu, Alif turut mengakui berasa amat pilu ketika menyaksikan temu bual bersama bapa mangsa semasa upacara pengebumian arwah Irene Sofiya.
Sedih saya tengok temubual bapa arwah Irene Sofiya di tempat pengebumian, tak boleh nak bayang perasaan dia waktu ni.
Semoga Allah permudahkan urusan dia dan saya yakin pembunuh akan mendapat balasan dia dunia dan akhirat.
Justice for Irene Sofiya.
Terdahulu, Irene Sofiya, 16, ditemukan meninggal dunia dan dipercayai dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Sabtu lalu.
Susulan kejadian itu, tiga pelajar lelaki berusia 16 tahun ditahan bagi membantu siasatan, manakala seorang daripada mereka direman selama enam hari mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sumber: Threads






![[VIDEO] Divo M Nama Baharu Diva M, Akui Sayang Tinggalkan Identiti Lama – ‘Biar Jadi Kenangan’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/DIVO-M.jpg)

