
Selebriti versatil, Alif Satar mengalami kecederaan pada bahagian kakinya selepas terjatuh akibat diterjah pemain lawan sewaktu perlawanan bola sepak ‘Liga 7X7 All Stars 2025’ pada Sabtu.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Akan Menjiwai Identiti Jenama, Bukan Sekadar Angkat Gambar’ – Alif Satar Kongsi Prinsip Jadi Duta
Alif kena terjah
Menerusi Instagram (IG), Alif atau nama lengkapnya Muhammad Alif Mohd Satar memaklumkan dia boleh mendengar bunyi pada bahagian tulang kakinya sewaktu ‘landing’ ke atas tanah selepas diterjah.
Ujar Alif, hasil pemeriksaan mendapati ligamen ATFL (anterior talofibular ligament rupture) di bahagian kakinya koyak.
Masa kena ‘tackle’ aku boleh dengar bunyi ‘crack’.
Rupanya betul, ligamen ATFL koyak. Hari ini bengkak kaw kaw, esok (Isnin) buat ‘Magnetic Resonance Imaging’ (MRI).
Ryan Giggs tanya khabar
Walau bagaimanapun, pelantun lagu ‘Cukup Indah’ ini menganggap kejadian tersebut sebagai satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan selepas lagenda kelab Manchester United, Ryan Giggs sempat bertanyakan khabar kepadanya selepas perlawanan.
Tetapi ia satu pengalaman yang tidak akan dilupakan.
Kena ‘tackle’ dengan pemain bola sepak kebangsaan lepas itu Ryan Giggs pula datang ziarah, padu.
Dalam masa yang sama, Alif meluahkan kerisauan dengan kecederaan yang dialami kerana bakal menyertai satu acara larian berprestij, Berlin World Majors Marathon, beberapa minggu saja lagi.
Sekadar info, perlawanan bola sepak ‘Zurich Liga 7X7 All Stars 2025’ itu membariskan pemain bola sepak antarabangsa dalam dan luar negara serta turut disertai beberapa selebriti.
Selain Alif, antara selebriti yang turut memeriahkan pertandingan tersebut termasuklah Hairul Azreen dan dua penyampai radio Hot FM iaitu Johan dan KJ.
Sumber: IG Alif Satar