Setelah 4 tahun menjalin hubungan cinta, akhirnya penyanyi yang berusia 24 tahun ini mengambil keputusan untuk menikahi kekasihnya, Sha Dila Halid pada bulan September ini.
Artikel Berkaitan : Foto : Shadila Nama Kekasih Alif Satar?
Menurut laporan daripada Harian Metro, Alif Satar atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar ini telah menghantar rombongan merisik kepada keluarga Sha Dila, 30 pada Selasa yang lalu.
“Saya risau dan berdebar juga semalam (Selasa) sebab saya tak ikut rombongan merisik itu, tapi Alhamdulillah semua berjalan lancar Benda ini pun macam tiba-tiba sahaja terdetik.”
Atas sebab keserasian antara satu sama lain, Alif Satar merasakan keputusan untuk mengakhiri zaman bujang bersama kekasih hatinya itu adalah yang paling tepat.
Alif Satar turut menambah bahawa dia dan kekasihnya sering dilihat berdua dan lebih elok kiranya majlis pernikahan dilangsungkan segera demi menjaga nama baik mereka berdua.
Jom lihat beberapa keping gambar pasangan merpati sejoli ini.







![[VIDEO] Budak 46 Beri Hadiah Istimewa Untuk Adik, Undang Sebak Netizen – ‘Betapa Ikhlasnya Dia’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/budak46.jpg)
![[VIDEO] Isu Hantaran RM1 Juta, Abiejam Terguris Hati Dengan Kenyataan Wak Doyok – ‘Saya Tak Pernah Minta Simpati’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/New-Latest-Default-Image-2026-08-17T171937.713.png)