Sebelum ini, PU Syed memohon Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) untuk menapis filem ‘Pulau’ yang didakwa mempunyai adegan dan gaya pemakaian yang mencolok mata dan tidak sesuai ditayangkan khas buat umat Islam.
Tidak terlibat babak ‘panas’
Menerusi laporan Astro Gempak, pelakon, Alif Satar memberitahu dia tidak terlibat dengan sebarang babak ‘panas’ dalam filem tersebut. Ujar Alif, pengarah sangat memahami dan menghormati dirinya malah, tidak melibatkannya dalam adegan mesra dengan mana-mana pelakon.
Saya gementar juga. Tapi saya berasa sangat gembira kerana pengarah faham. Dia tidak satukan saya dalam satu babak. Saya terkejut kerana mereka memahami. Sebab itu ada pelakon berbangsa lain. Karakter saya hampir sama dengan diri saya dan tidak bergaul dengan babak-babak yang tidak melibatkan khidmat saya.
Menurut Alif, mereka telah berbincang terlebih dahulu sekiranya berasa kurang senang dengan babak yang dijayakan.
Saya boleh agak akan menerima kerisauan seperti itu. Tetapi semasa penggambaran, pengarah dan pelakon mempunyai pertimbangan. Macam saya, saya sendiri tahu cita rasa penonton. Apa budaya yang kita selesa. Saya dah lama dalam industri dan tahu macam mana nak bawa sesuatu watak. Kadangh-kadang saya rasa babak ini tak boleh dan saya terus bagitahu pengarah.
Sumber: Astro Gempak