berita

Alif Satar Terharu Program Dianjurkan Dapat Sambutan, Siap Joging Bersama 3,000 Jemaah Selepas Solat Subuh

January 2nd, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Selebriti versatil, Alif Satar meluahkan rasa terharu apabila program yang dianjurkannya mendapat sambutan orang ramai sehingga berjaya mengumpul hampir 3,000 orang untuk solat Subuh berjemaah dan mendengar kuliah di masjid.

Artikel Berkaitan: Ajak Followers Solat Subuh Macam Solat Jumaat Di Masjid, Alif Satar Dipuji Netizen – ‘Suka Tengok Pengaruh Yang Dibawa’

‘Macam ini confirm menang’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®? (@alifsatar)

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG), Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar memuat naik gambar selfienya bersama ribuan jemaah yang hadir ke Masjid Saidina Umar, Bukit Damansara.

Menurut pelantun lagu ‘Jangan Nakal’ itu, sekiranya amalan ini berjaya dibuat oleh semua masjid di seluruh negara pada setiap hari, sudah tentu saudara Islam di Palestin akan peroleh kemenangan menentang kekejaman zionis Israel.

Kalau macam ini hari-hari di seluruh dan satu negara, confirm (Palestin) menang.

Lebih menarik, Alif beserta jemaah yang lain meneruskan aktiviti mereka dengan melakukan ‘fun run’ sejauh 5 kilometer (KM) sebelum pulang ke kediaman masing-masing.

Dapat dilihat, ada juga yang melakukan larian dengan memakai kain pelikat sahaja.

Selalunya lepas Subuh, saya akan lari seorang diri saja tapi hari ini 3,000 orang sertai saya berlari pagi-pagi. Terima kasih semua yang menyertai program yang saya anjurkan ini.

Menurut Alif, sekiranya diizinkan dia berhajat mahu menganjurkan anjuran solat Subuh berjemaah dan larian beramai-ramai pada program KL Car Free Morning di Kuala Lumpur.

Video

@itsalifsatar Pejuang- pejuang subuh semua, teruskan dan ramaikan masjid.. 70 hari lebih saja lagi nak ramadhan, KEEP IT UP. #GengSubuhMacamJumaat ? original sound – alifsatar

Sumber: Instagram, TikTok

SKIP THIS AD ×