berita

Aliff Aziz & Bella Astillah Sah Cerai Talak 1

May 16th, 2019 | by Ai
Isu & Kontroversi

Bukan sahaja dua kali malah berkali-kali berlaku curang dibelakang isteri sehingga mendapat perhatian warga media sosial, akhirnya rumah tangga penyanyi Aliff Aziz dan Bella Astillah telah berakhir apabila telah sah bercerai.

Cerai talak satu

Menerusi laporan Harian Metro, dengan nafaz sebak Aliff telah melafazkan talak satu pada 3.45 petang di hadapan Hakim Syarie, Izzat Syazli Murshid selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Bella. Permohonan cerai tersebut telah difailkan oleh Bella selaku plaintif pada 21 Mac lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

Ketika prosiding, ketika menjawab soalan hakim alasan untuk bercerai, Bella berkata mereka tiada persefahaman dan sudah tidak tinggal bersama lebih tiga bulan.

Suami selalu curang, dan saya mempunyai bukti gambar dan video.

Sementara itu, Aliff mengangguk dan bersetuju apabila ditanya hakim berhubung alasan-alasan yang dikemukakan Bella Astilah untuk bercerai.

Bayar nafkah anak RM1000

Selain itu, Aliff juga bersetuju akan membayar nafkah anak mereka, Mohamad Ayden Adrean, yang berusia dua tahun sebanyak RM1000. Bayaran nafkah tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun bank Bella bermula bulan ini.

Aliff dan Bella Astillah mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak. Penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura itu kembali hangat apabila didakwa curang buat kali ketiga selepas gambar miripnya berswafoto sambil tidak berbaju bersama seorang gadis berpakaian seksi tular.

Terdahulu, Aliff  juga pernah terpalit kontroversi pada Julai 2017 dengan adik Anzalna Nasir, Afifah. Bagaimanapun, Bella memaafkan perbuatan Aliff hingga kejadian membabitkan pelakon baharu, Oktovia Manrose, sekitar Februari lalu.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×