berita

Aliff Aziz Didakwa Tak Sokong Isteri Dalam Famili Duo, Bella Astillah Enggan Komen – ‘Saya Sibuk & Tak Fikir Apa’

December 28th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Viral di media sosial apabila pelakon dan penyanyi Aliff Aziz, 31, dikhabarkan tidak memberikan sokongan sepenuhnya terhadap isteri, penyanyi Bella Astillah, 28, yang kini sedang bersaing dalam program Famili Duo.

Kemenangan tidak diraikan

Berdasarkan pemerhatian OhBulan! Aliff didakwa tidak pernah membuat hantaran mengenai penyertaan Bella dalam Famili Duo. Malah, kemenangan Bella dan sepupunya, Wani Kayrie di minggu pertama Famili Duo juga dikhabarkan tidak ‘diraikan’ oleh Aliff.

Ujar netizen, situasi kali ini sangat berbeza ketika penyertaan Aliff di sebuah program realiti tahun lalu disokong sepenuhnya oleh Bella. Menurut Bella, dia enggan memberikan sebarang komen berhubung dakwaan tersebut. Malah, dia hanya memberikan sepenuh tumpuan terhadap pertandingan tersebut.

Saya tak ada jawapan untuk persoalan terbabit. Bukan saya tak nak bagi jawapan terhadap soalan yang diajukan, tapi saya rasa persoalan itu seharusnya diberikan kepada Aliff. Sejujurnya, saya memang sedang sibuk dan tak fikir apa pun. Semenjak Famili Duo bermula, jadual harian saya berubah. Saya mahu memberikan fokus sepenuhnya terhadap pertandingan ini bersama Wani dan mahu menonjolkan prestasi terbaik.

Bercerita mengenai strategi yang bakal dipersembahkan dalam program ini, Bella mahu mengasah bakat serta memberikan terbaik demi peminat yang sentiasa menyokong.

Selepas menjuarai pusingan pertama, saya rasa bersyukur dan lega. Tapi saya tak boleh berpuas hati dengan kejayaan itu. Saya perlu berusaha bersungguh-sungguh saban minggu kerana saya mahu menonjolkan bakat yang saya ada. Saya mahu memberikan persembahan terbaik di setiap pusingan kerana itu menjadi satu tanda penghargaan terhadap peminat yang selama ini tak pernah lelah memberi dorongan.

Untuk pengetahuan korang, Famili Duo menampilkan tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan bagi merebut hadiah bernilai RM 10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir dalam Famili Duo. Program ini bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam,  setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3.

Famili Duo juga dapat ditonton di laman portal video rasmi tonton secara definisi tinggi di www.tonton.com.my. Gunakan tanda pagar #familiduoTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×