
Persembahan nyanyian yang dilakukan secara santai oleh penyanyi Aliff Aziz baru-baru ini telah menarik perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: Aliff Aziz Padam Semua Gambar Lama Di IG? Mahu Tampil Dengan Versi Baharu – ‘Ini Adalah Kelahiran Semula Saya’
Artikel Berkaitan: Aliff Aziz & Ruhainies Didakwa Makan Bersama Di Restoran Mewah?
Persembahan Aliff
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan Aliff atau nama lengkapnya Mohammad Aliff Aziz sedang mendendangkan lagu Rindu Setengah Mati yang pernah dipopularkan oleh kumpulan muzik terkenal Indonesia, D’Masiv.
Difahamkan penyanyi berusia 34 tahun itu menyampaikan lagu tersebut di hadapan penonton di Marina Bay, Olympic Walk, Singapura.
Lebih menarik, Aliff tetap memberikan lontaran vokal yang baik meskipun menyanyikan lagu itu dalam keadaan duduk.
Sokongan netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan kata-kata positif terhadap juara Gegar Vaganza musim kelapan itu supaya dia mengambil iktibar atas segala isu yang pernah terjadi sebelum ini.
Dalam masa yang sama, mereka juga mendoakan agar Aliff bertemu jodoh dengan wanita yang sesuai.
Gembira bila Aliff buat comeback, suaranya unik.
Mungkin dia rindu juga anak-anaknya..kita fikir yang baik-baik sahaja.
Suara sedap, dia pula juara.. cuma dia gagal dengan ujian dia. Semoga terus berjaya dan cari bahagia dengan jodoh yang lain.
Siapa yang tak pernah buat silap? Semoga selepas ini hidup dia lebih baik dan bertemu dengan wanita yang baik-baik juga.
Jodoh dan takdir sudah berubah, mungkin ada orang lain yang boleh mengubah dia. Ujian setiap orang berlainan.
Imbas kembali, 2024 merupakan tahun yang kurang baik buat Aliff apabila dia ditangkap berkhalwat dengan aktres Ruhainies di sebuah kondominium mewah yang terletak di ibu kota.
Tidak hanya itu, mahligai perkahwinan Aliff bersama bekas isteri, penyanyi dan pelakon Bella Astillah juga akhirnya terlerai apabila mereka sah bercerai pada 13 Jun tahun lalu.
Sumber: TikTok