Pelakon dan penyanyi Singapura iaitu Aliff Aziz mengakui bersalah di Mahkamah Negara Singapura pada 7 Ogos 2020 atas tuduhan mencuri dan berkelakuan agresif di tempat awam. Aliff Aziz sebelum ini menjadi perbualan netizen dengan beberapa kes melibatkan reputasinya sebagai pelakon termasuk aksi bertumbuk di tempat awam.
Didakwa atas 2 pertuduhan
Memetik laporan News Straits Times, Aliff didakwa telah mencuri wang sebanyak S$300 (RM950.00) dan 1 juta rupiah (RM285.00) milik seorang pelakon dan ahli politik Indonesia. Selain itu, suami kepada Bella Astillah ini juga menghadap pertuduhan kedua iaitu berkelakuan tidak senonoh di tempat awam dengan menjerit sambil menunjukkan kemaluan.
Tuduhan pertama Aliff berdepan dengan penjara mendatori. Bagi pertuduhan kedua pula, dia disabitkan kesalahan dan didenda tidak melebihi SGD 2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua sekali jika sabit kesalahan.
Berkelakuan tidak senonoh
Untuk pertuduhan kedua, peguam bela Aliff Aziz mengatakan tiada sebarang kecederaan atau kerosakan berlaku akibat perbuatan pelakon itu. Bagaimanapun, perkara ini juga perlu merujuk kepada laporan perubatan Aliff yang melaporkan pelakon itu mengalami masalah psikiatri ketika kejadian berlaku.
Susulan daripada keputusan hukuman penjara yang dijatuhkan kepada Aliff Aziz, peguam bela pelakon itu merayu agar hukuman lebih ringan dipertimbangkan. Dia merayu agar hukuman penjara selama satu hingga empat minggu bagi pertuduhan pertama memandangkan wang berkenaan telah dipulangkan.
Perlu jalani pemeriksaan psikiatri
Aliff kemudian dirujuk ke Institusi Kesihatan Mental (IMH) untuk menjalani pemeriksaan psikiatri. Keputusan ujian kesihatan bakal menentukan sama ada dia boleh diletakkan di bawah Arahan Rawatan Mandatori (MTO) atau sebaliknya. Mahkamah telah menetapkan Aliff Aziz menerima hukuman penjara tersebut bermula 14 September 2020 ini.
Sumber: News Straits Times