berita

Aliff Aziz Minta Ruhainies Tengok Video, Tuduh Media Pusing Cerita – ‘Jangan Tengok Tajuk Wartawan Bodoh’

April 25th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz tidak mengaku bahawa dia pernah berkata masih sayang terhadap Bella Astillah ketika enggan menceraikan isterinya itu pada sebutan penceraian mereka pada 4 April lalu.

Artikel Berkaitan: Individu Dakwa Diri Bekas ‘Skandal’ Aliff Aziz Dedah Banyak Guna Kod Rahsia Ketika Bermesej – ‘Dia Takut Kantoi Dengan Bella’

Artikel Berkaitan: Adira Suhaimi Tidak Mahu Tuntut Nafkah Atas Kehendak Sendiri – ‘Saya Tak Nak Susahkan Datuk Red, Dia Tengah Down’

Artikel Berkaitan: Adira Suhaimi Bersyukur Doa Di Makkah Makbul – ‘Allah Lembutkan Hati Datuk Red’

Wartawan bodoh?

Pendedahan tersebut dilakukan Sarah Yasmine menerusi paparan perbualan dipercayai di antara Aliff dan individu yang bernama ‘NRF’ menerusi aplikasi WhatsApp.

Dalam perbualan itu, pelantun suara ‘Sayang Sayang’ itu menerangkan kepada NRF agar tidak terpengaruh dengan tajuk artikel dibuat oleh wartawan yang melaporkan kes tersebut selepas individu itu seolah-olah merajuk dan tidak percaya dengan kenyataan dibuatnya.

Sebaliknya Aliff mendakwa terpaksa berlakon supaya kelihatan tenang ketika ditemu bual selepas sebutan kes tuntutan cerai terhadapnya di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Saya tak cakap pun, mereka (petugas media) yang cakap. Awak kena tengok video, jangan tengok tajuk wartawan bodoh ni semua. Awak tahu macam mana mereka ‘pusing’ cerita. Hebatlah kiranya nampak baik sungguh. Pandang muka pun tak tadi, saya terpaksa berlakon nampak tenang.

Sumber: Instagram

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×