Tindakan pelakon dan penyanyi sensasi, Aliff Aziz ‘mengghaibkan’ semua hantaran di Instagram miliknya telah mencuri perhatian.
Artikel Berkaitan: #OBWrapped24: 16 Rumah Tangga Selebriti Hancur, Oktober Paling Ramai Bercerai
Artikel Berkaitan: Aliff Aziz Ucap Terima Kasih Pada Pengikut, Bantu Bagi Cadangan Pujuk Wanita Merajuk – ‘Terima Kasih, Ia Berjaya!’
Padam semua posting?
Berdasarkan pemerhatian OhBulan!, segala perkongsian yang pernah dimuat naik sebelum ini oleh penyanyi asal Singapura itu telah tiada.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada Aliff menghapuskan atau menyimpan di arkib (archive).
Pun begitu, pelantun lagu Sayang-Sayang itu dilihat hanya meninggalkan sebuah hantaran terbaharu yang dimuat naik bersempena tahun 2025.
Menerusi hantaran itu, Aliff berkongsi sekeping foto memaparkan dirinya mengenakan baju hitam beserta kapsyen ingin tampil dengan versi diri yang baharu pada 2025.
Forged in fire. Fallen, but never broken. 2025, the rise of a new me. This is my rebirth.
Sementara itu, menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya mendoakan urusan Aliff dipermudahkan dan kerjaya seninya terus bersinar.
Imbas kembali, 2024 merupakan tahun yang kurang baik buat Aliff apabila dia ditangkap berkhalwat dengan aktres Ruhainies di sebuah kondominium mewah yang terletak di ibu kota.
Tidak hanya itu, mahligai perkahwinan Aliff bersama bekas isteri, penyanyi dan pelakon Bella Astillah juga akhirnya terlerai apabila mereka sah bercerai pada 13 Jun lalu.
Sumber: Instagram