Perkongsian terbaharu di Instagram milik pengarah dan penerbit terkenal, Datuk David Teo mencuri perhatian ramai apabila dia memuat naik foto dua pelakon sensasi, Aliff Aziz dan Uqasha Senrose.

Artikel Berkaitan: ‘Terima Kasih Uqasha Sudi Menerima Saya Sebagai Suami’ – Kamal Adli Letak Kesalahan Atas Bahu Sendiri

‘Hero & heroin’

Menerusi hantaran tersebut, David mengumumkan Aliff dan Uqasha bakal bergandingan sebagai teraju utama dalam sebuah naskhah terbitan rumah produksinya, Metrowealth, berjudul Madu Atau Racun.

Hero dan heroin la ye! Yang manis itu madu dan yang pahit itu racun. Eksklusif di iQiyi.

Foto berkenaan diambil ketika kedua-dua pelakon itu menghadiri majlis bacaan Yasin dan doa selamat bersempena pembikinan karya tersebut, baru-baru ini.

David turut berkongsi beberapa keping gambar lain termasuk foto bersama isterinya, Datin Jane Lim bersama serta Aliff dan Uqasha, sekali gus menambah keterujaan peminat terhadap projek berkenaan.

Selain Aliff dan Uqasha, drama ini turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Liza Abdullah, Iedil Putra dan beberapa lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya meluahkan rasa teruja dan tidak sabar untuk menyaksikan gandingan dua pelakon sensasi itu, selain tertanya-tanya jalan cerita yang bakal disajikan dalam Madu Atau Racun.

Sumber: Instagram