
Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya berjaya dipujuk oleh anak perempuannya, Qadejah El Zahra untuk memiliki seutas jam tangan mewah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Qadejah Berjaya ‘Paw’ Abah, Miliki Jam Tangan Cartier
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri, Shahida Kongsi Pengalaman Hampir Tidur Lokap & Diserbu SPRM – ‘Itu Momen Paling Menakutkan’
Hargai anak
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, kelihatan Aliff bersama anak-anaknya sedang mempromosikan barang jualan mereka sambil bercerita tentang jam tangan mewah berjenama Cartier itu.
Menurut pemilik nama Aliff Syukri Kamarzaman itu, dia menghadiahkan jam tersebut dengan niat untuk berkongsi rezeki.
Sejujurnya saya tak mampu nak beli. Tetapi saya beli juga sebab anak-anak saya adalah kekuatan saya.
Saya bekerja keras, ada rezeki pun untuk mereka juga..tak banyak tapi sedikit.
Walaupun saya garang dan tegas, semua ini untuk anak-anak saya.
Sebenarnya sebelum ini dia kena marah sebab pakai jam mama dia.
Tak mahu kongsi harga
Di ruangan komen siaran langsung tersebut, rata-rata warganet meneka harga jam mewah itu yang didakwa bernilai puluhan ribu ringgit.
Bagaimanapun, usahawan berusia 37 tahun tersebut enggan mendedahkan harga sebenar.
Ini salah satu barang impian Cess.
Tak boleh beritahu harga. Nanti ada orang kata kami ada perasaan riak dan takbur pula.
Saya beli bukan niat untuk riak tetapi untuk memberi inspirasi kepada awak semua kalau ada rezeki lebih.
Sumber: TikTok