berita

Aliff Syukri Hadiahkan Range Rover Evoque Buat Isteri Tersayang

March 16th, 2015 | by Wan
Kini Trending

range1

Semalam telah berlangsung majlis sambutan ulang tahun kelahiran Datin Nur Shahida, isteri kepada pengasas D’Herb Dato’ Aliff Syukri.

Majlis yang diadakan di sekitar kediaman Dato’ Aliff itu berlangsung dengan cukup meriah malah turut dihadiri oleh beberapa orang selebriti terkenal tempatan seperti Rozita Che Wan, Raja Azura dan Fasha Sandha.

Kejutan Istimewa

range2

Sepanjang majlis ini berlangsung, pelbagai aktiviti telah diadakan dan apa yang menarik perhatian kami ialah kejutan yang dibuat oleh Dato’ Aliff buat isterinya. Kejutan apa? Sebuah kereta Range Rover Evoque yang berharga sekitar 400k sebagai hadiah hari jadi.

Fuh! Memang terbaik lah Dato’ Aliff. Tengok siap tutup mata si isteri semata-mata nak buat kejutan kereta tersebut. Siapa je yang tak happy dapat Range Rover Evoque!

Bukti Ahli Perniagaan Berjaya

range3

Kami pasti berdasarkan kejayaan yang dikecapi oleh Dato’ Aliff di dalam bidang perniagaan, beliau layak untuk berbangga dengan apa yang dimiliki sekarang. Malah hadiah istimewa buat isterinya ini sudah membuktikan dirinya merupakan salah seorang ahli perniagaan yang berjaya di Malaysia.

Jom lah kita ushar sikit foto sekitar majlis sambutan ulang tahun kelahiran Datin Nur Shahida yang bertemakan Arabic Islamic. Hurm, bila lah agaknya kami dapat sambut birthday macam ni ye?

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×