Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa hairan apabila segelintir pihak meminta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat sumber kekayaan dan hartanya.

Artikel Berkaitan: Aliff Syukri Ada Lebih 200 Aset, Kumpul Sejak Usia 19 Tahun – ‘Antaranya Kondominium & Apartment’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tugas Qadejah Dengan Bibik Kena Jerit Cakap Rumah Terbakar’ – Shahida Rancang ‘Prank’ Hari Lahir Aliff Syukri

LHDN

View on Threads

Menerusi perkongsian di Threads, Aliff, 40, berkata dia merupakan seorang pembayar cukai yang tegar.

Aliff turut berseloroh tindakan yang meminta LHDN memberi perhatian terhadap dirinya adalah tidak wajar kerana dia sudah lama bergiat aktif dalam dunia perniagaan.

Papa (nama panggilan Aliff) peliklah kenapa kalian tag LHDN?

Kalian ingat papa baru mula perniagaan sehari ke? Papa pembayar tegar LHDN.

Sebelum ini, Aliff mendedahkan dia kini memiliki ratusan aset hartanah sebagai hasil pelaburan jangka panjang yang diusahakan sejak sekian lama.

Sejak daripada itu, terdapat segelintir pihak yang meminta LHDN menyiasat sumber kekayaan dan hartanya kerana didakwa memiliki aset terlalu banyak.

Sumber: Threads