Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Shahida menitipkan pesanan buat lima anaknya agar bijak menyimpan dan tidak mudah leka dengan kemewahan hidup.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Penat Saya Jual Jeruk, Suami Baru Awak Pula Kaya’ – Aliff Syukri Usik Isteri Soal Harta

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Duit Bukan Penentu Kebahagiaan Tapi Kalau Gaji RM1,700 Tak Payah Kahwin Lagi’ – Aliff Syukri

Kena rajin menyimpan

Menerusi rakaman video dimuat naik semula @denikiqm5rz, Aliff memaklumkan bahawa kekayaan yang mereka miliki ketika ini hanyalah pinjaman daripada Allah SWT.

Justeru, Aliff berpesan kepada anak-anaknya untuk sentiasa bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan kepada mereka sekeluarga.

Jangan terlalu bermegah atau perasan yang kita ini anak orang kaya.

Bila kita rasa begitu, kita ego dan boros.

Duit yang ada itu simpan sebab tak mustahil satu hari nanti abah akan susah dan akan menumpang korang.

Jadi, berjimat-cermat. Bila abah bagi duit, simpan.

Cuba tengok kehidupan orang lain yang susah, bukan nak menghina ke apa tetapi kita kena bersyukur.

Aliff berkongsi perkara tersebut ketika melakukan sesi siaran langsung di TikTok usai mereka solat berjemaah bersama di rumah.

Jangan buat perkara tak senonoh

Dalam pada itu, Aliff dan Shahida turut mengingatkan anak-anaknya untuk tidak melakukan perkara yang tidak senonoh di belakang mereka.

Yang kedua, jangan buat benda tak elok di belakang abah dan mama. Abang tak boleh kawal korang.

Kalau nak buat benda tak elok, ingat dan kenang abah dan mama yang penat cari duit siang dan malam.

Perkongsian tersebut kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya memuji cara Aliff dan Shahida mendidik anak-anak.

Malah, ada juga yang mahu menjadikan cara Aliff dan Shahida sebagai contoh untuk mereka membesarkan cahaya mata.

Komen netizen

Sumber: TikTok