Laman sosial kecoh dengan pendedahan seorang isteri yang terkilan apabila rakan baik yang dianggap seperti adik didakwa merampas suaminya sendiri. Dakwa wanita itu lagi, rakan baiknya itu turut dikatakan telah berkahwin senyap-senyap dengan suaminya.
Rakan wanita terbabit yang dikenali sebagai Yaya, menjelaskan hal sebenar dari pihaknya sebentar tadi.
Reda dengan ujian
Menurut Yaya atau nama sebenarnya Haziqah Nurul Huda Harun kepada Harian Metro, dia menafikan perkahwinannya seperti didakwa wanita terbabit di laman sosialnya pada pagi Rabu. Tambahnya, dia reda dengan ujian Allah tersebut dan memohon supaya Allah permudahkan segala urusannya.
Saya tidak pernah berkahwin dengan sesiapa dan semua dakwaan dibuat di Facebook (FB) itu adalah fitnah. Saya reda dengan ujian Allah. Allah ada bersama saya. Insya-Allah, Allah permudahkan segala urusan saya hendaknya.
Tiada alasan untuk saya berkahwin di Thailand seperti didakwa kerana ayah iaitu wali sah dan ibu sentiasa bersama saya 24 jam. Saya tidak boleh memandu dan jika ke mana-mana mesti bersama ayah.
Pada 6 Januari 2020 yang didakwa kononnya tarikh perkahwinan saya bersama lelaki itu di Thailand, ia tidak benar kerana pada hari itu saya sekeluarga berada di Kuantan kerana anak saudara dimasukkan ke hospital.
Serah pada netizen
Ruangan komen Instagramnya telah ‘diserang’ dengan komen negatif sejak status wanita yang mendakwa telah dicurangi suaminya itu dimuatnaik pagi tadi. Namun, Haziqah menyerahkan segalanya kepada netizen dan menafikan dakwaan dia telah berkahwin dengan suami orang.
Terserah kepada netizen jika berterusan ingin menghukum dan mengecam saya kerana fitnah itu. Saya yakin berada di pihak yang benar.
Cukup sekadar mereka tahu, saya masih bujang dan tidak bercinta dengan sesiapa, jauh sekali berkahwin dengan suami orang.
Selain perniagaan dijalankan, saya hanya mempunyai ibu dan ayah serta keluarga. Rezeki bukan datang daripada perniagaan, ia daripada Allah.
Lapor Harian Metro lagi, wanita yang pernah lumpuh ini tidak teragak-agak untuk menyaman individu terbabit jika berterusan difitnah.
Sumber:Yaya Victoryaya, Harian Metro