berita

‘Allah Hadirkan Imam Ini Untuk Perbetulkan Saya’ – Noorkhiriah Syukur Suami Banyak Bimbing Ke Arah Kebaikan 

October 13th, 2023 | by Alia
Kini Trending

noorkhiriah suami

Pelakon, Noorkhiriah menzahirkan rasa syukur kerana dikurniakan suami iaitu Azfaizul Ahtan yang banyak membimbing dirinya ke arah kebaikan.

Artikel Berkaitan: Noorkhiriah Kecewa Ramai Selebriti Buka Tudung – ‘Semoga Dibuka Kembali Pintu Hidayah Allah’

Artikel Berkaitan: Noorkhiriah Sekolahkan Isteri Kedua Abang Tesla? – ‘Jangan Bangga Sangat, Ada Hati Yang Menderita’

Hargai suami

noorkhiriah suami

Menerusi hantaran di Instagram (IG), pemilik nama sebenar Noorkhiriah Ahmad Shapie berkongsi beberapa keping foto bersama suami tercinta sebagai tanda menghargai kehadiran lelaki itu di dalam hidupnya.

Jarang saya nak ‘up’ pasal cik suami sebab saya dan suami biasa-biasa tak ada apa yang menarik. Bukan apa, salah satu untuk berubah ke arah kebaikan inilah penguat dan semangat saya.

Berat tanggungjawabnya, jarang bantah apa yang baik asalkan kerja rumah siap, selepas itu silakan jika nak ke majlis ilmu. Saya perlukan majlis ilmu kalau tidak tepu.

Dalam pada itu, pelakon drama Nur ini mengaku suaminya banyak membantu dirinya untuk berubah ke arah jalan yang lebih diredai.

Isteri cerminan suami, apakan daya isterinya masih huru-hara, maka Allah hantarkan imam ini buat saya memperbetulkan jalan yang masih bersimpang siur, kadang-kadang jalan mati.

Didiklah saya sebab bahu awak yang akan memikul setiap langkah. Saya bukan orang baik tapi insya-Allah di tangan awak, saya berubah menjadi baik dengan izin Allah. Terima kasih cik suami.

Untuk info, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2006 dan hasil perkahwinan tersebut mereka memilki dua orang anak lelaki iaitu Muhammad Hudaifah dan Muhammad Yusoff.

Sumber: Instagram Noorkhiriah

SKIP THIS AD ×